Home / Politik / Pakatan Harapan / Jangkakan lebih banyak kenyataan berbaur rasis daripada penyokong DAP selepas ini

Jangkakan lebih banyak kenyataan berbaur rasis daripada penyokong DAP selepas ini

Tindakan seorang ahli parlimen DAP menghantar mesej hari raya berbaur perkauman dan rasis di akaun Facebooknya sehingga mencetus kemarahan rakyat baru-baru ini, termasuk dari kalangan penyokong parti itu sendiri, bolehlah dianggap sebagai petunjuk bahawa orang-orang dari parti itu bersedia kembali untuk all out kepada fitrahnya yang biasa – perkauman.

Kita tahu sekarang (selepas pendakwaan Guan Eng dan mesej Hari Raya ahli parlimen DAP yang berkenaan) ia adalah orang dari parti itu yang sebenarnya rasuah, rasis dan apa yang buruk yang selalu dicakapkan mereka kepada parti bertentangan.

Dia buat kita sibuk mengukur diri sendiri betul rasuah ke tidak, betul rasis ke tidak padahalnya, dialah yang sebenarnya rasis dan perkauman – bukan kita.

Contoh macam mesej hari raya kontroversi yang dihantar tu, apa kejadahnya unsur kristianisasi duduk dalam mesej hari raya yang orang Islam sambut? Tak payah cerita lah lagi gambar bendera Amerika dan rumah api lagi tu. Apa kaitan itu semua dengan sambutan Hari Raya?

Ini semua takde lain hal, nak cetus perkara tidak baik berunsurkan perkauman, agama dan tidak hairanlah selepas mempertahankan mesej tersebut, ianya dipadamkan oleh ahli parlimen DAP yang berkenaan. Bukan kali pertama pun berlaku macam ini, sebelum ini pun dah banyak tapi nampaknya ia masih terus berulang.

Pendakwaan Guan Eng kerana rasuah sebenarnya ada kesan yang cukup besar kepada parti tersebut. Ia menghapuskan satu-satunya modal politik paling masuk akal yang DAP ada untuk mengatakan parti itu lebih baik dari parti politik yang lain – menawarkan kerajaan yang bersih dan bebas rasuah.

Dah sekarang kepala sendiri pun didakwa kerana rasuah, apa lagi yang tinggal pada DAP dan untuk memastikan mereka tidak terkubur dalam PRU14 yang akan datang, main isu perkauman, agama dan sebagainya. Nanti boleh tuduh kerajaan zalim, kerajaan tidak adil bila tindakan diambil.

Oleh yang demikian, jangkakan mesej hari raya berbaur perkauman ini sebagai permulaan. Penulis yakin lebih banyak seumpamanya akan muncul selepas ini supaya diakhirnya orang lupa yang kepala rasuah dan perkauman sebenarnya di negara ini ialah mereka.

Oleh : Adamyan, portal Mykmu

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *