Home / Politik / Pakatan Harapan / Guan Eng ingatkan Penang Institute jangan cemar imej negeri

Guan Eng ingatkan Penang Institute jangan cemar imej negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran kepada badan pemikir negeri, Institut Pulau Pinang supaya tidak mencemar imej kerajaan negeri yang menyediakan dana kepadanya.

Lim berkata institut itu “perlu ingat bahawa anda bekerja untuk institut itu yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

“Jangan lupa anda adalah sebahagian dari kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tindakan anda tidak wajar dilihat sebagai mencemar imej kerajaan negeri.

“Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam perkara prinsip asas sedemikian kerana kami membiayai anda.”

Video ucapan ketua menteri itu, dibuat pada pelancaran awal bangunan pejabat baharu Institut Pulau Pinang pada 28 Jun, telah dimuat naik di YouTube.

Lim, yang menghadapi dua tuduhan rasuah, berkata beliau mahukan badan pemikir itu meletakkan kerajaan negeri pada kedudukan yang baik sambil menaikkan imejnya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata: “Saya faham bila anda berkata bahawa seseorang itu tidak sepatutnya menggigit tangan orang yang memberinya makan. Tetapi saya kira anda harus berinya peluang untuk menyalak (bersuara) sedikit,” katanya.

Kenyataan beliau menggunakan istilah ‘menggigit’ dan ‘menyalak’ dilihat oleh sesetengah pihak sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.

Tetapi Lim, sebagaimana dilaporkan oleh portal berita, kemudian menafikannya, dan berkata penggunaan istilah ‘anjing’ tidak bermaksud menghina mereka.

Beliau berkata dunia Barat menganggap anjing sebagai makhluk yang disayangi tetapi di Timur wujud anggapan sebaliknya.

Institut Pulau Pinang adalah badan pemikir dasar awam berhubung soal sosio-ekonomi dan alam sekitar kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 1997

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *