Home / Politik / Pakatan Harapan / MB digesa campur tangan selesaikan isu Little India Klang

MB digesa campur tangan selesaikan isu Little India Klang

Persatuan Usahawan Little India, Klang melahirkan rasa kesal terhadap keputusan Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak mewartakan nama “Little India” dan mahu Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali campur tangan dan menyelesaikan perkara itu.

Pengerusinya, N.P. Raman, berkata nama “Little India” perlu diwartakan di di peringkat negeri untuk meningkatkan kedatangan pelancong dan memelihara warisan budaya di kawasan sekitarnya.

“Saya menerima surat daripada Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin bertarikh 9 Jun 2016 yang menyebut permohonan yang dikemukakan oleh persatuan saya untuk mewartakan nama “Little India” tidak dibenarkan.

“Ini tidak seharusnya berlaku memandangkan kerajaan persekutuan bercadang untuk mewartakan 2017 sebagai “Tahun Melawat Klang” dan sudah tiba masanya untuk MPK mewartakan Little India sebagai nama rasmi,” katanya kepada Bernama.

Kandungan surat itu, antara lain menyatakan: Permohonan pihak tuan untuk mewarta nama ‘Little India’sebagai nama rasmi dalam warta kerajaan adalah tidak dibenarkan.”

“Keputusan ini adalah berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor bertarikh 11 Mei 2016 yang telah disahkan oleh MMKN pada 18 Mei 2016.

“Keputusan ini bukan hanya kepada Little India tetapi juga “Islamic City”, “China Town” dan seumpamanya,” kata surat itu.

Raman berkata pihak MPK perlu mengkaji semula keputusannya kerana mewartakan nama Little India akan mewujudkan kejelasan di kawasan perniagaan di Jalan Tengku Kelana pada masa depan.

Katanya, Mohamed Azmin semasa melawat Jalan Tengku Kelana sempena sambutan Deepavali tahun lepas, mengakui bahawa kawasan sekitar Little India menjadi nadi perniagaan masyarakat India selama hampir 100 tahun dengan sesetengah daripada
mereka merupakan generasi kedua kaum India.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *