Home / Politik / Pakatan Harapan / Cara DAP pertahan LGE, nampak macam terdesak?

Cara DAP pertahan LGE, nampak macam terdesak?

Pada zaman tak berapa lama dahulu, antara mitos berkaitan undang-undang paling popular di negara ini ialah, kalau peguam bela seorang yang dituduh di Mahkamah itu nama Karpal (mendiang sekarang), maksudnya dia memang melakukan kesalahan yang dituduh itu.

Tak pasti dari mana asal usulnya tapi itulah yang selalu diperkatakan orang dulu, mungkin mengambil kira begitu banyak tertuduh jenayah yang menang kes bila diwakili Karpal walaupun di atas kertas, tidak ada sebab bagaimana tertuduh yang berkenaan boleh lepas.

Selepas mendiang tidak ada lagi, mitos itu tidak pergi bersamanya, anak-anaknya pulak yang warisi, kebetulan mereka juga terlibat dalam profession yang sama dengan mendiang, politik mahupun karier.

Dan tidak hairan kenapa bila LGE dihadap ke Mahkamah kerana dakwaan rasuah, anak-anak Karpal menjadi pilihan utama untuk mewakilinya, disamping para peguam DAP yang lain kerana menganggap kebolehan dan kehebatan mendiang turut diwarisi anak-anaknya.

Maka fahamlah kita kenapa permainan persepsi yang digunakan pun sama juga – kesnya apa, lain soalan, lain jawapan.

Antaranya, menyamakan kes tersebut dengan kes Dr. Khir Toyo (kalau sama, LGE dah patut bersedia ke penjara), memperolok-olokkan kes ini dengan kononnya menjadi kesalahan untuk penjawat awam membeli barang pada harga diskaun (tak relevan, ini hartanah bukan barang) dan terbaru, merendahkan kebolehan penilai hartanah, kononnya taksiran hartanah yang dibuat mereka salah.

Semua ini bagaimanapun memberi gambaran seolah-olah LGE ini memang bersalah, sebab itu pendekatan berputar belit yang disebutkan diatas dipilih. Sebijik macam kes Anwarlah (turut diwakili kelompok lebih kurang sama), bila tanya betul ke liwat, dia jawab konspirasi, bila tanya lagi betul ke liwat, dia jawab ini cubaan nak hancurkan karier politik saya – nama nak menjawab liwat atau tak liwat, tidak sekali.

Bila sana pusing, sini pusing, sana kait sini kait – walaupun tak nampak berkaitan macam mana, menunjukkan menjawab macam orang gelabah, dan hanya orang salah saja yang gelabah.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *