Home / Santai / Pelampau bertopeng Islam yang memalukan Islam

Pelampau bertopeng Islam yang memalukan Islam

Pengesahan Ketua Polis Negara semalam yang letupan bom di pusat hiburan Movida, Puchong pada 28 Jun lalu adalah serangan IS pertama di negara ini menunjukkan perpecahan kaum di Malaysia semakin melarat dan parah.

Serangan itu sebenarnya hanya didalangi seorang warganegara Malaysia merupakan pejuang IS di Syria yang menyimpan dendam kesumat terhadap kerajaan serta pasukan keselamatan negara tetapi menjadikan rakyat jelata sebagai mangsa perjuangan “jihad” mereka.

Kini, ramai yang takut keluar malam dan berkunjung ke pusat hiburan mahupun kedai makan kerana bimbang menjadi mangsa serangan IS.

Keadaan ini secara langsung menyebabkan perniagaan merosot dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara kerana rakyat mengurangkan perbelanjaan mereka.

Individu yang menggelar diri “pejuang” IS itu sebenarnya hanya memperjuangkan sentimen perkauman dengan menyalahgunakan nama baik Islam bagi memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ketaksuban penyokong dan anggota IS menyalahgunakan Islam sebagai topeng untuk menghalalkan segala perbuatan haram mereka dengan melancarkan perang ke atas orang-orang tidak berdosa adalah perbuatan keji, kejam dan bodoh.

Kerajaan dan masyarakat Islam wajar berganding bahu untuk mencari jalan bagi menyelamatkan saudara yang jauh terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Ini kerana, orang-orang beremosi keterlaluan yang bertindak melampau di luar batasan inilah punca agama Islam semakin dipandang serong dan dibenci kaum lain serta di mata dunia.

Sedarlah wahai penyokong dan anggota IS yang anda bukanlah mujahid sebaliknya pemusnah bangsa, negara dan nama baik Islam itu sendiri.

Berhenti memalukan agama Islam dan hindari IS yang menggalakkan perbuatan mungkar serta haram.

About tok anjang

Check Also

Lepasan Ijazah Negara Sama Seperti Pelajar Denmark Tak Habis Sekolah? Ini Jawapan Pensyarah Malaysia

Profesor Universiti Harvard, Amerika Syarikat Lant Pritchett mendakwa graduan ijazah di Malaysia tidak mempunyai kualiti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *