Home / Santai / PDRM : Hentikan publisiti terhadap IS

PDRM : Hentikan publisiti terhadap IS

Berhenti memberi publisiti kepada kumpulan militan IS kerana anda mengancam keselamatan negara.

Itu adalah amaran yang diberikan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada semua pengamal media yang popularkan pemimpin dan kumpulan militan IS.

Menurutnya,tindakan segelintir media yang melaporkan mengenai ajaran kumpulan militan IS di Syria secara eksklusif dengan menghubungi mereka sebenarnya mengancam keselamatan negara.

“Media yang memberi ruang kepada kumpulan militan akan mengancam keselamatan negara,kami akan ambil tindakan terhadap media itu juga.

” Ini bukan perkara main-main bagi ruang kepada mereka untuk jadi glamour, ” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, hari ini.

Katanya, tanggungjawab media adalah terhadap keselamatan negara kita dan sepatutnya tidak memberi ruang kepada mereka (IS ) yang mengancam negara ini.

“Kenapa perlu menemubual mereka,anda jahanamkan kita (negara). Saya tidak kisah kalau nak temubual tetapi jangan siarkan berita itu.

“Adakah anda hendak menunjukkan laporan yang adil dengan berbuat demikian meskipun tahu ia mengancam negara, ” katanya.

Sebelum ini,beberapa media tempatan menemubual pemimpin IS, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi melalui laman sembang sosial mengenai IS yang mendalangi kejadian letupan bom di sebuah pusat hiburan di Puchong Jaya.

Malah,mereka menyiarkan gambar bom yang diberikan Muhammad Wanndy bersama laporan berita itu.

About tok anjang

Check Also

RUU 164 Tidak Melibatkan Orang Islam, Hanya Untuk Pembubaran Perkahwinan Sivil

Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *