Home / Politik / Pakatan Harapan / Kalau “geng” kerajaan didakwa di mahkamah semua gembira?

Kalau “geng” kerajaan didakwa di mahkamah semua gembira?

Rakyat Malaysia dilihat mengamalkan penghakiman berat sebelah apabila bersorak apabila seseorang dari kerajaan didakwa di mahkamah dan menuduh pertuduhan politik sekiranya dakwaan dikenakan kepada pembangkang.

Peguam terkemuka negara, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, sikap seumpama itu ditunjukkan dalam kes tuduhan menerima rasuah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Jenayah serupa dituduh terhadap (Bekas Menteri Besar Selangor) Khir Toyo. Mengpaa orang sama yang katakan Guan Eng didakwa secara politik tidak berkata demikian kepada Kkhir Toyo?

“Bila kita mendakwa seseorang daripada kerajaan semua orang gembira. Tetapi bila kita mendakwa seseorang daripada pembangkang orang kata ianya pendakwaan politik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap solidariti yang diberikan kepada Guan Eng serta kempen jelajah Ketua Menteri itu mendakwa pendakwaan keatasnya didorong oleh politik.

Kata Shafee, kes tersebut masih lagi berlangsung dan tiada penghakiman memutuskan samaada Setiausaha Agung DAP itu bersalah atau tidak diatas tuduhan menerima rasuah.

“Mengapa mentaliti rakyat Malaysia sebegitu? Selalu begitu. Kenapa kita tidak bersatu dalam isu keadilan?

“Saya tidak katakan Lim Guan Eng membuat kesalahan berkenaan. Ianya tidak lagi dibuktikan (di mahkamah). Saya mewakili Khir Toyo (dahulu) dan saya tahu ada pelbagai isu yang perlu dibuktikan.

“Sama seperti Lim Guan Eng. Biarkan perbicaraan berlangsung, mengapa perlu buat penghakiman sedangkan perbicaraan kes tersebut belum lagi bermula,” katanya.

Guan Eng didakwa menerima rasuah dalam bentuk diskaun pembelian banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang diberkan oleh Phang Li Koon yang mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri.

Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi dimana Ketua Menteri itu akan didakwa di bawah dua pertuduhan iaitu Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan Akta 165 Kanun Keseksaan.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *