Home / Politik / Pakatan Harapan / Guan Eng sengaja hina mahkamah?

Guan Eng sengaja hina mahkamah?

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat menggesa Lim Guan Eng segera melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan lain yang disandang kerana menghina mahkamah.

Beliau berkata, Guan Eng te­lah menyalahgunakan kedudukan untuk membincangkan kes-kes yang masih dibicarakan di mahkamah dalam program Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat yang diadakan di Dewan Sri Pinang, semalam.

“Adalah menjadi satu lara­ngan membincangkan mana-mana kes yang masih berada dalam mahkamah di mana-mana dalam apa jua platform sekalipun,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tuan Tat menambah, kes ra­suah yang dihadapi Guan Eng adalah bersifat peribadi, oleh demikian, dia tidak boleh menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri atau Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatan sebagai perisai untuk berlindung.

“Guan Eng perlu menjawab semua yang ditimbulkan di mahkamah bukannya di jalanan,” ujarnya.

Beliau meminta Guan Eng sedar bahawa dua pertuduhan ra­suah terhadapnya ‘dibangkitkan’ oleh orang dalam dia sendiri dan bukannya orang Barisan Nasio­nal (BN) mahupun UMNO.

“Kalau orang luar, bagaimana boleh nak pungut bukti dengan mudah. Semua bukti adalah da­ripada orang dia sendiri. Jadi saya minta Guan Eng a berhenti menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya menyalahkan diri sendiri.

“Saya bersama Guan Eng hampir 18 tahun, dia ini umpama bawang. Buka satu lapisan akan ada lapisan lain. Dia tak akan benarkan timbalan-timbalannya naik menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya.

Tuan Tat juga meminta rakyat Pulau Pinang sedar daripada tipu helah yang ‘dimainkan’ oleh Guan Eng dan bapanya, sebaliknya memberanikan diri menegur ke­salahan yang dilakukan mereka.

“DAP sepatutnya ditukar na­ma sebagai papa son (bapa anak) parti kerana dua beranak itu mempunyai agenda tersendiri dalam ‘memperjuangkan’ kepentingan mereka dan bukannya untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Dia juga mendakwa, PKR Pulau Pinang juga sudah hilang kepercayaan terhadap Guan Eng dan bertepuk tangan sebaik sahaja mengetahui berita mengenai pendakwaannya di mahkamah tetapi mereka terpaksa berlakon dan hanya me­nunggu masa untuk ‘bertindak’.

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Mahkamah menetapkan 22 September ini pengurusan kes.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *