Home / Politik / Pakatan Harapan / Mana wang derma DAP yang dahulu?

Mana wang derma DAP yang dahulu?

Tanpa menyentuh kes mahkamah yang dihadapi Lim Guan Eng, agak menghairankan benarkah dalam tempoh 21 jam sahaja, sebanyak lebih RM1 juta telah dikumpulkan oleh DAP Pulau Pinang?

Dalam masa sangat singkat, menurut sumber kepada akhbar ini, derma sebegitu banyak boleh dikumpulkan? Ada­kah semuanya wang sumbangan ‘ihsan’ rakyat? Adakah rakyat Pulau Pinang mudah dipancing dengan elemen simpati? Atau ini memang gaya biasa DAP melancarkan tabung derma kilat solidariti untuk Guan Eng sejurus dia dihadapkan ke mahkamah?

Kalau begitu, ke mana pergi wang yang dikutip sebelum ini? Trend kutip derma dalam acara atau program DAP kelihatan menjadi perkara wajib dalam setiap majlis parti itu.

Ketika insiden melibatkan mendiang Teoh Beng Hock, dikatakan banyak yang dikutip. Ke mana halanya? Wang hasil DAP menang kes di mahkamah menyaman media yang dikatakan lebih sejuta ringgit, ke mana? Mengapa harus kutip derma lagi?

Beberapa poster serta kenyataan dalam media turut menjadi viral ekoran anjuran derma kilat solidariti Guan Eng ini.

Ada kalangan ahli DAP sendiri meluahkan tidak puas hati perbuatan pungut derma ini. Tidak lama lagi, akan ada poskad berharga RM10 ‘Solidarati Bersama Guan Eng’. Benarkah?

Barang-barang ‘sticker, keychains dan baju-T’ juga akan mula dijual. Adakah kini dalam tempahan dan tidak lama muncul di pasaran Pulau Pinang?

Suatu ketika ketika ADUN Bukit Assek, Wong Ho Leng tenat akibat kanser, tidak ketara usaha agresif DAP Pusat untuk ‘terkial-kial’ berusaha kutip derma.

Ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati isteri mendiang, Irene Chang. Yang benar-benar prihatin terhadap nasib mendiang ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sehingga menghulurkan sumbangan RM1 juta.

Suatu yang pasti, DAP perlu membayar harga yang tinggi jika mahu kekalkan Guan Eng.

Sebelum ini pun, bekas penganjur himpunan haram Bersih yang juga sekutu DAP, Datuk S. Ambiga mengusulkan agar lebih elok Guan Eng bercuti sementara isu banglonya selesai. ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pun senada.

Bagi kebanyakan orang termasuk dalam DAP, Guan Eng harus mengambil cuti. Takkanlah Ketua Menteri naik turun mahkamah. Bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang pun apabila ada individu dari parti saingannya dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan, merata-rata dia pergi, mendesak si polan letak jawatan.

Jadi, apa ertinya slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) diuaruarkan kerajaan DAP Pulau Pinang apabila ‘terkena’ anak sendiri.

Semasa Guan Eng dihadapkan kali pertama di mahkamah di George Town tiga hari lalu, hanya kira-kira 100 orang menunggunya di mahkamah.

Mengenali DAP, biasanya akan diviralkan ‘ribuan orang’ berada di mahkamah. Kali ini tidak pula. Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi kesnya di mahkamah, ribuan yang hadir.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *