Home / Politik / Pakatan Harapan / Kedudukan Guan Eng sebagai Ketua Menteri jadikan banglo sebagai rasuah

Kedudukan Guan Eng sebagai Ketua Menteri jadikan banglo sebagai rasuah

Pembelian isu banglo mewah dibawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi isu besar ekoran Setiausaha Agung DAP itu merupakan penjawat awam yang tertakluk kepada tatatertib dan etika.

Hartanah tersebut merupakan aset bernilai yang disimpan dan mempunyai tambah nilai berganda sepertimana pemberian saham, emas, kereta dan sebagainya.

“Sebagai contoh, sekiranya anda beli hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga diskaun RM2.8 juta, anda boleh segera menjualnya pada harga RM6 juta (penjualan RM500 ribu dibawah harga pasaran untuk jualan segera) dan mendapat keuntungan RM3.2 juta.

“Ini akan memberi keuntungan dan adalah sama seperti anda memberi wang tunai RM3.2 juta,” kata blogger Lim Sian See (LSS).

Ujarnya, kelebihan yang diberikan kepada Guan Eng adalah disebabkan oleh kedudukannya sebagai Ketua Menteri lantas tuduhan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dikenakan bagi menghukum mana-mana penjawat awam yang didapati mendapat habuan diatas kedudukannya dalam kerajaan.

“Malah, samaada pemberi mnerima sebarang kelebihan atau apa jua balasan bukanlah elemen kesalahan.

“Ini kerana ianya mengandaikan anda telah mendapat kelebihan disebabkan oleh kedudukan dalam kerajaan – dan ini bermaksud rasuah.

“Undang-undang ini tidak unik di Malaysia dan ianya serupa dengan undang-undang rasuah lain di dunia.

“Dan ini tiada kaitan dengan berapa besar atau mahal rumah Lim Guan Eng,” katanya.

Tambahnya lagi, perbuatan membeli hartanah dibawah harga pasaran daripada individu yang mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri sudah menyabitkan kesalahan rasuah sepertimana terjadi terhadap Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.

“Tidak mungkin penjual akan menjual dengan harga RM3.7 juta lebih murah kepada Guan Eng sekiranya beliau tidak berkedudukan seperti kini.

“Jika anda tidak percaya, berapa banyak hartanah Pulau Pinang yang ditawarkan kepada anda atau kawan anda 60% lebih murah daripada harga pasaran?” soalnya.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *