Home / Politik / Pakatan Harapan / Ahli DAP sokong Lim Guan Eng letak jawatan, ADUN BN perlu buat usul tidak percaya

Ahli DAP sokong Lim Guan Eng letak jawatan, ADUN BN perlu buat usul tidak percaya

Seorang ahli DAP, Shamsher Singh Thind beranggapan Lim Guan Eng perlu berundur daripada jawatan Ketua Menteri sehingga kes mahkamahnya selesai.

Menurut ahli DAP Cawangan Taman Chai Leng itu, Guan Eng perlu berundur kerana meskipun beliau tidak mempunyai pengaruh terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pendakwa raya, namun beliau masih berkuasa terhadap kes melibatkannya (hal ehwal tanah).

Malah, kata beliau, Guan Eng juga masih mempunyai kaitan de­ngan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon yang turut didakwa bersamanya dari sudut perniagaan.

Dalam masa sama, beliau turut mengambil contoh bagaimana rakannya dibuang daripada jawatannya serta-merta kerana tuduhan menampar kerani Guan Eng beberapa tahun lalu meskipun tiada tindakan daripada pihak polis ketika itu.

“Jadi, Guan Eng sepatutnya mengambil cuti daripada jawatannya secara sukarela dan kembali semula ke pejabatnya apabila namanya dibersihkan,” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial Facebooknya semalam.

Menurut Shamser, melainkan sudah diputuskan hilang jawatan secara undang-undang, tidak ada mana-mana pemimpin yang rela kehilangan jawatan yang dipegangnya.

Sehubungan itu, dalam kes Guan Eng katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri ini perlu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri berkenaan atau menerima seadanya.

Shamser yang juga pensyarah undang-undang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas mendesak jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dipegang oleh anak jati negeri ini ketika Konvensyen DAP hujung tahun lalu.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *