Home / Politik / Pakatan Harapan / Pemimpin Deklarasi rakyat sifatkan Haron Din tidak berani dan baik duduk diam dan beramal ibadat sahaja

Pemimpin Deklarasi rakyat sifatkan Haron Din tidak berani dan baik duduk diam dan beramal ibadat sahaja

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoalkan “nasihat” Datuk Haron Din kepada ketua menteri Pulau Pinang untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.

Beliau bertanya mengapa mursyidul am PAS itu tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri.

“Kalau Haron Din gentleman, suruh (Datuk Seri) Najib Razak bercuti sehingga siasatan ke atasnya selesai,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu, merujuk wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Haron dalam nasihatnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berkata adalah kebiasaan bagi seseorang pemimpin mengundur diri apabila didakwa di mahkamah.

Khamis lalu, Guan Eng mohon dibicara atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman. Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.

DAP bagaimanapun berkata tidak akan melantik pemangku ketua menteri sementara menunggu kes rasuah Guan Eng yang bermula September ini.

‘Tak berani’

Sambil menganggap Haron “tidak berani”, Khairuddin menasihatinya berhenti daripada memberi komen.

“Lebih baik Haron Din duduk diam-diam saja dan beramal ibadat di bulan Ramadan ni dari bercakap politik yabg bakal membuatkan keseluruhan rakyat mual dengan kenyataan berat sebelah beliau,” katanya.

Khairuddin melahirkan rasa pelik dengan Haron dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mengapa Haron Din dan Haji Hadi Awang diam seribu bahasa?,” tanya beliau.

“Jangan gajah depan mata tak nampak tetapi kuman di seberang laut mereka nampak!

“Pelik sungguh perangai tokoh-tokoh pemimpin PAS Pusat ini. Mereka ulama tapi tak main peranan sebagai ulama yang berani bercakap tentang hakikat serta hakiki.”

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *