Home / Politik / Barisan Nasional / Isu 29 kampung bakal hilang daripada Pulau Pinang dipandang sepi?

Isu 29 kampung bakal hilang daripada Pulau Pinang dipandang sepi?

Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca,cKampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata kebanyakan kampung terbabit adalah dari daerah Timur Laut.

Katanya selain aktiviti pembangunan yang pesat, pemilikan tanah jugacmenyumbang kepada faktor kampung Melayu di negeri ini kian terhakis iaitu tanah yang mereka duduki bukan hak milik mereka.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung tersebut akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Azeem Fazwan berkata pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut melibatkan pengambilan tanah.

Beliau berkata jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata kampung-kampung tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak terhakis.

“Cabaran yang pertama untuk mewartakan kampung tradisi ini adalah mewujudkan inventori dan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan kampung tradisional. Takrif kampung tradisional belum diformalkan. Bukan semua 660 kampung yang ada di Pulau Pinang boleh dianggap sebagai kampung tradisional.

“Jadi kita pilih kampung yang strategik, contohnya untuk dijadikan sebagai kampung tradisional,” katany

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *