Home / Politik / Pakatan Harapan / Politik “Double Standard” DAP makin terserlah!

Politik “Double Standard” DAP makin terserlah!

DAP dilihat mengamalkan politik double standard dan pendakwaan terpilih di mana individu yang dituduh di mahkamah mengamalkan rasuah dikekalkan memegang jawatan parti tanpa sebarang tindakan disiplin, sementara individu yang tidak dikenakan apa-apa pertuduhan mahkamah dipecat parti.

Politik double standard dan pendakwaan terpilih yang diamalkan DAP itu boleh dibandingkan kes Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan kes ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng.

“Memecat ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Heng atas TUDUHAN menyalahgunakan wang SUMBANGAN, sedangkan kes PEMECATAN ini dibuat tanpa Loh Chee Heng disiasat oleh pihak berkuasa SPRM dan TIADA SEBARANG DAKWAAN di MAHKAMAH,”.

Tambahnya, begitu juga dengan tindakan DAP menggantungkan keahlian parti selama setahun terhadap bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang juga ADUN Duyong atas tuduhan “mengeluarkan kenyataan yang meroskan imej parti”.

“Berbanding dengan kedua-dua kes yang DAP telah ambil tindakan (menggantung dan memecat kedua-dua pemimpin DAP ini), tuduhan yang dibuat ke atas Guan Eng adalah lebih besar dan lebih serius – dan SEPATUTNYA Guan Eng digantung dari DAP untuk melancarkan siasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atasnya,”.

Penulis berpendapat pertuduhan di mahkamah terhadap Guan Eng adalah sama seperti kes pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sebelum ini.

“Senario kes Guan Eng adalah hampir sama dengan kes Khir Toyo – dan Khir Toyo didapati BERSALAH oleh MAHKAMAH,”.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *