Home / Politik / Barisan Nasional / Pakatan Harapan: BN Akan Menang PRU, PAS Punca Pembangkang Kalah Lagi

Pakatan Harapan: BN Akan Menang PRU, PAS Punca Pembangkang Kalah Lagi

Pembangkang mengakui akan kalah teruk sekiranya pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat ekoran berdepan pelbagai masalah disamping sokongan masyarakat Cina kini kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, juga menjadi faktor kekalahan adalah pertembungan tiga penjuru antara PAS-Pakatan Harapan-BN di kawasan-kawasan tertentu.

Ujarnya, penyokong pembangkang di kawasan Melayu kini akan berpecah antara PAS atau Parti Amanah Negara (PAN) yang mewakili Pakatan Harapan.

“Dalam situasi paling buruk, sekiranya usul pindaan undang-undang Syariah diluluskan di Dewan Rakyat Oktober ini, ianya mungkin akan menggerakkan Perdana Menteri untuk mengawalkan Pilihan Raya Umum awal tahun hadapan kerana PAS akan menyokong Najib.

“DAP berdepan kesulitan selepas penangkapan Guan Eng, Mahathir dan konconya masuh belum mendapat momentum.

“Jadi, nampaknya Barisan Nasional akan menang. PAS menjadi punca pertembungan tiga penjuru,” katanya dalam forum “Malaysia: Is There Hope Yet?”.

Katanya, sejarah lama mungkin berulang kembali apabila rakyat Malaysia mengundi BN kerana harapan tinggi terhadap Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Mereka mengundi Pak Lah dengan harapan. Paling teruk rakyat akan mengundi Najib dengan harapan, juga,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *