Home / Politik / Pakatan Harapan / Lim Guan Eng : Kalau saya kena dakwa pun, saya masih nak kekal sebagai KM!
MP DAP Secretary Lim Guan Eng

Lim Guan Eng : Kalau saya kena dakwa pun, saya masih nak kekal sebagai KM!

Sekiranya bab orang lain mereka ini cukup garang melompat desak segera letak jawatan segala macam jika dituduh di mahkamah. Namun bila kena batang hidung sendiri lain ceritanya.

Mungkin ramai masih ingat lagi bagaimana Dr. Mohamad Khir Toyo terpaksa berundur jawatan menteri besar Selangor dalam kes menyerupai Lim Guan Eng akibat desakan pembangkang demi menjaga integriti kerajaan.

Malangnya Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini atas dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah dengan tegas sebaliknya berkata setakat ini beliau masih lagi kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ditanya soal cepumas itu oleh wartawan dalam sidang akhbar selepas kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,Guan Eng hanya berdalih dengan menyerahkan soal kedudukan dirinya itu kepada parti.

Sidang akhbar khas tersebut diadakan di dewan bandaraya George Town bersebelahan dengan Padang Kota Lama yang terletak tidak jauh daripada kompleks mahkamah Pulau Pinang dan bangunan Dewan Undangan Negeri.

Kata Guan Eng, kepimpinan DAP akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membuat keputusan. Namun beliau seperti biasa mendakwa konon sebagai tidak bersalah dan akan lawan kesnya itu secara habis-habisan.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam satu kenyataan kata Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah Guan Eng perlu segera berundur daripada jawatan-jawatan yang disandang beliau dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau itu selesai sepenuhnya.

Katanya tindakan ini adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan dan menjadi bahan jenaka pelbagai pihak pula.

“Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang.

“Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM.”

“Kita difahamkan seramai lebih 90 orang individu telah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Ia melibatkan skandal dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan ada urusan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.”

“Undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik; yang tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah.

“Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di Mahkamah nanti.,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *