Home / Politik / Pakatan Harapan / Kemungkinan besar Guan Eng senasib seperti Khir Toyo?

Kemungkinan besar Guan Eng senasib seperti Khir Toyo?

Pembangkang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pendakwaan terpilih berhubung penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di atas dakwaan rasuah.

Persoalan kini timbul samaada SPRM atau pembangkang sendiri membuat pendakwaan terpilih sedangkan pakatan tersebut sendiri bersetuju bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo disiasat membabitkan isu sama pada 2007.

Mengikut fakta kes, Dr Khir didapati bersalah diatas tuduhan salah guna kuasa sebagai penjawat awam membeli membeli hartanah bernilai RM6 juta dengan harga RM3.5 juta.

Sementara Guan Eng yang kini menyandang jawatan Ketua Menteri kini ditahan ekoran membeli banglo di jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran melebihi RM5 juta.

Menurut Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Guan Eng ditahan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dipercayai berkaitan tanah pertanian serta pembelian banglo tersebut.

Berkenaan Akta 165 Kanun Keseksaan, Guan Eng berkemungkinan besar dijatuhi hukuman bersalah sepertimana yang berlaku terhadap Dr Khir.

Kehakiman terhadap ADUN Air Putih itu hanya perlu membuktikan bahawa Guan Eng sebagai penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

Tujuan seksyen ini ialah membolehkan Pendakwaraya mendakwa mana-mana penjawat awam yang disyaki mengambil rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan unsur rasuah tersebut mengikut Akta Pencegahan Rasuah.

Ketua Menteri tersebut dalam satu kenyataan pada Mac lepas mengakui bahawa wujud transaksi antara beliau dan bekas pemilik banglonya, Phang Li Koon.

“Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual. Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan,” kata Guan Eng.

Menurut kenyataan ini, beliau secara jelas mengakui membeli rumah berkenaan dibawah harga pasaran dan tidak menafikan penjualan tersebut merupakan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengannya.

Perbicaraan berlangsung hari ini dengan Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwaan cuba membuktikan dua pertuduhan terhadap Guan Eng, sementara Li Koon dibicarakan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *