Home / Politik / Pakatan Harapan / Panel forum “Amanah membawa tuah atau rebah” patut malu dengan PSM

Panel forum “Amanah membawa tuah atau rebah” patut malu dengan PSM

Parti Amanah Negara (Amanah) masih belum mampu berdikari dan memerlukan sokongan rakan sekutunya untuk terus menambat hati pengundi khususnya orang Melayu, menurut pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Bercakap pada forum “Amanah membawa tuah atau rebah” di Petaling Jaya semalam, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata Amanah merupakan parti baharu, dan rakyat tidak patut menghakimi kekalahan di dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun lalu itu sebagai kelemahan pembangkang.

“Memang kita akui Amanah ini masih banyak kelemahan tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan kerjasama yang baik dalam gerak kerja bersama rakan PH untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap Amanah dalam jangka masa panjang.

“Tidak adil untuk pengkritik di luar hanya mengadili Amanah yang baru setahun ditubuhkan,” katanya pada forum anjuran saya Pemuda PKR itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata bukan mudah membina parti yang baru dengan sumber terhad.

Beliau berkata, Amanah dan PH masih ada harapan menang pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya semua parti dalam komponen itu bersatu dan memikul tanggungjawab besar menentang Umno dan Barisan Nasional (BN)

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar percaya Amanah masih mempunyai potensi menambat hati pengundi selagi mereka disokong oleh rakan mereka dalam PH.

Katanya, berdasarkan kajian kempen dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kempen Amanah jauh lebih berjaya daripada kempen PH di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak Mei lalu.

“Kita lihat ‘trend’ pengundi di dua PRK lalu nampaknya lebih berjaya kerana Amanah dilihat dapat banyak bantuan daripada DAP dan PKR. Berbeza dengan kempen di PRN Sarawak, setiap komponen parti dalam PH dilihat hanya berkempen sendiri bagi merebut kerusi sesama sendiri.

“Hasil kerjasama baik di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Amanah mampu menarik undi Melayu dan Cina walaupun baru setahun penubuhannya. Amanah dilihat mempunyai potensi namun parti komponen lain dalam PH perlu membantu,” katanya.

‘Amanah akan hancurkan pembangkang’

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berbeza pendapat dengan tiga panel dalam forum itu, apabila mengatakan kewujudan Amanah dalam PH hanya menghancurkan kepercayaan pengundi terhadap pembangkang.

Dia yakin selagi parti dan NGO pembangkang tidak bersatu, PH dan PAS akan kalah teruk.

“Pergaduhan sesama sendiri oleh pemimpin teratas pembangkang dan tanpa kerjasama yang baik hanya sia-sia. Pembangkang tidak dapat kalahkan BN selagi mereka semua tidak bersatu. Ini realiti yang perlu diterima oleh pembangkang.

“Buktinya BN menang besar dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

Pada 18 Jun yang lalu, Amanah mendapat tempat kedua di Sungai Besar mendahului PAS, manakala di Kuala Kangsar, ia di belakang PAS.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *