Home / Politik / Pakatan Harapan / PAN paling sesuai untuk Mukhriz dan Muhyiddin?

PAN paling sesuai untuk Mukhriz dan Muhyiddin?

Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir masih lagi menjadi bualan hangat di kalangan pemerhati politik negara. Ramai di kalangan mereka yang tertunggu-tunggu hala tuju dua bekas pemimpin UMNO itu.

Ada yang mencadangkan supaya mereka menyertai mana-mana parti politik yang majoritinya Melayu. Jika difikirkan cadangan itu, maka ia akan merujuk kepada parti PAS, PAN, atau PKR kerana parti-parti itu dianggotai oleh majoriti bangsa Melayu.

Penulis tidak fikir Mukhriz dan Muhyiddin sanggup sertai PAS. Mereka mungkin sanggup naik pentas PAS, tapi mungkin tidak untuk mengisi borang menyertai parti Islam itu. Kenapa?

Bukankah PAS memang tidak ‘sebulu’ dengan Mahathir? Sejak dari dulu, Mahathirlah manusia yang paling keras dalam UMNO yang menentang perlaksanaan hudud. Bukan saja tidak dibantu, malah bapa Mukhriz itu menolak mentah-mentah draf hudud yang dikemukakan PAS.

Lagipun, PAS berpendirian untuk tidak mahu campur tangan dan langsung tidak menyokong deklarasi Mahathir-Kit Siang. PAS pun tahu segala tindak-tanduk Mahathir sekarang hanya membawa kepentingan peribadi dan bukan maslahah politik negara. PAS sudah ‘masak’ dengan perangai bapa Mukhriz itu.

Jika ada pemimpin PAS yang dilihat ‘mesra Mahathir’ sekalipun, mungkin hanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar yang kini tiada sebarang jawatan di dalam kepimpinan utama PAS Pusat. Apatah lagi ‘bau’ Mahfuz dikatakan ‘harum’ dan ‘manis’, memang tidak hairan jika dia baik dengan Mahathir sekarang.

Hanya tinggal PKR dan PAN saja pilihan untuk Muhyiddin dan Mukhriz. Mahukah mereka sertai PKR dan tunduk kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Siapa yang tidak tahu tentang apa yang telah dilakukan Mahathir pada Anwar? Tidak perlu diulas, semua orang tahu.

Lagipun, sudikah Dato’ Ser Wan Azizah dan Nurul Izzah terima Muhyiddin dan Mukhriz? Muhyiddin mungkin ya, tapi tidak untuk Mukhriz. Tunjuk muka di majlis deklarasi pun tidak sudi, bagaimana hendak terima Mukhriz?

Satu-satunya parti yang mungkin menadah dua tangan kepada Muhyiddin dan Mukhriz hanyalah PAN. Khabarnya Mahathir dan PAN begitu akrab sekali pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tempohari. Mahathir bagaikan ‘mursyidul am PAN’ layaknya!

Mahathir diusia tuanya sanggup naik pentas berkempen untuk parti Mat Sabu itu. Sayanganya Mahathir pada PAN hingga sanggup ‘membunuh’ UMNO dan BN. Padahal, UMNO dan BN itulah yang menjulang dirinya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Maka kerana itulah penulis melihat bahawa PAN merupakan platform terbaik buat Muhyiddin dan Mukhriz bertapak setelah dibuang dari UMNO. Apa hendak dimalukan? Bukankah PAN itu layaknya disertai oleh golongan ‘tikam belakang Presiden’? Sesuai sangatlah!

Tapi jika hendakkan jawatan tinggi dalam parti, maka Muhyiddin dan Mukhriz ‘slowtalk’lah dengan Mat Sabu. Khabarnya jawatan-jawatan tinggi dalam PAN banyak yang sudah terisi.

Tapi ‘sahabat baik’ punya pasal, mungkin Mat Sabu boleh serah jawatan Presiden pada Muhyiddin dan Timbalan Presiden pada Mukhriz, siapa tahu bukan? Cubalah bincang dengan PAN. Mungkin dengan cara itu maka Muhyiddin dan Mukhriz boleh jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ‘segera’….

Oleh: Cenderawasih @Mykmu

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *