Home / Santai / Rakyat Malaysia berada di kedudukan teratas di Asia dan ketiga dalam dunia yang memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Rakyat Malaysia berada di kedudukan teratas di Asia dan ketiga dalam dunia yang memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Rakyat Malaysia berada di kedudukan teratas di Asia dan ketiga dalam dunia yang memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Polis membuat pendedahan itu di satu forum anjuran R.AGE, seksyen gaya hidup belia akhbar The Star; NGO, Unicef dan syarikat telekomunikasi Digi, lapor akhbar berbahasa Inggeris itu.

Menurut Ketua Unit Siasatan Seksual (D11) Bukit Aman Timbalan Superintenden Tan Gee Soon, yang juga ahli panel forum itu, maklumat berkenaan diterima daripada sumber polis antarabangsa.

Seorang lagi ahli panel, Marie Laure Lemineur mengesahkan pendedahan itu, berkata dua negara teratas yang mempunyai pemilikan pornografi kanak-kanak ialah Amerika Syarikat dan Belanda.

Marie, yang juga ketua Sexual Exploi­ta­tion Online Programme Ecpat, organisasi antarabangsa yang menentang eksploitasi kanak-kanak secara seksual di seluruh dunia berkata walaupun teknologi membolehkan kanak-kanak dieksploitasi secara besar-besaran, tetapi “tingkah laku manusia yang memutuskan untuk mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual”.

“Ibu bapa perlu mendidik anak mereka mengenai bahaya online dan dalam dunia sebenar serta mengambil langkah untuk mengelaknya.

“Jangan ingat hanya kerana anda tidak berhubung, anda selamat dan tidak terdedah kepada risiko,” katanya dipetik berkata kepada The Star.

Beliau berkata penguatkuasaan terhadap pornografi kanak-kanak dan pemangsa tidak boleh diserahkan kepada polis dan kerajaan saja, sebaliknya ia perlu ditangani secara holistik dengan kerjasama semua orang.

Sementara itu, Gee Soon berkata Malaysia tidak ada undang-undang tertentu yang menyatakan memiliki bahan pornografi kanak-kanak adalah satu kesalahan.

“Namun, kita ada Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem untuk mengambil tindakan terhadap imej lucah dan filem,” katanya menurut akhbar itu.

Katanya, polis sedang mengkaji untuk meminda Seksyen 292, yang pada masa ini hanya mengendali kesalahan menjual dan mengedarkan bahan lucah.

Mengenai perbuatan grooming siber, Tan memberitahu The Star, unitnya D11 sudah merangka kertas kerja bagi undang-undang sedemikian untuk mendakwa pemangsa yang melakukan aktiviti seperti itu.
Ketika ditanya lanjut, beliau hanya berkata ia berdasarkan kepada undnag-undang anti grooming yang diluluskan di Singapura.

“Grooming seksual bawah umur 16”, yang disenaraikan di bawah Seksyen 376E dalam undang-undang Kesalahan Seksual di Singapura, menyatakan adalah kesalahan bagi seseorang di atas umur 21 bertemu atau berkomunikasi dengan seseorang yang lain di bawah umur 16 tahun, dalam dua atau lebih kejadian sebelumnya, dengan niat melakukan kesalahan seksual.

Di bawah sub seksyen 4 seksyen 376E, sesiapa yang didapati “bersalah atas kesalahan di bawah seksyen itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya”.

Sementara itu, wakil Unicef ke Malaysia Marianne Clark-Hattingh berkata Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memperkenalkan langkah melindungi kanak-kanak bawah 18 tahun daripada penderaan seksual, termasuk yang berkaitan Internet.

“Malaysia ialah penandatangan Konvensyen UN mengenai Hak Kanak-kanak, dan Protokol Opsyenal mengenai Penjualan Kanak-kanak, Pelacuran Kanak-kanak dan Pornografi Kanak-kanak, dan agensi penguatkuasaan undang-undang itu perlu ada semua ini untuk memburu pesalah, mengenal pasti mereka dan melindungi mangsa,” katanya dipetik daripada The Star.

About tok anjang

Check Also

RUU 164 Tidak Melibatkan Orang Islam, Hanya Untuk Pembubaran Perkahwinan Sivil

Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *