Home / Politik / Pakatan Harapan / Anwar Ibrahim sebenarnya cuba pujuk PAS setelah sedar PH bakal terkubur

Anwar Ibrahim sebenarnya cuba pujuk PAS setelah sedar PH bakal terkubur

Pembangkang seharusnya malu dengan keputusan corot pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini yang disifatkan sebagai keputusan lemah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik dari portal berita berkata, keputusan pembangkang pada kedua-dua PRK tersebut sangat menghampakan.

“Pembangkang harus melihat keputusan pilihan raya ini dengan penuh rasa rendah diri, dan melihat kepada kelemahan kita. Ini bukan masa untuk memberi alasan atau menunding jari,” katanya dalam surat terbukanya yang disampaikan menerusi email.

Katanya, pembangkang seharusnya mengenepikan perbezaan fahaman dan perbalahan dalaman demi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Bawa ketidakpuasan hati di forum yang sesuai; duduk bersama dan selesaikan masalah,” ujarnya.

Kenyataan Anwar seolah-olah merujuk kepada cubaan memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan sepertimana yang dihajati DAP ekoran perpecahan kedua-dua blok pembangkang itu sekaligus membahagi undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

“Bagi mereka yang fikirkan ianya tidak boleh dicapai pada PRU akan datang, adalah silap. Tetapi untuk berlaku sedemikian, kita harus bersatu. Ianya bukan tugas senang; kita menghadapi kuasa besar dan taktik tidak demokrasi oleh BN,” katanya.

Tambah Anwar lagi, kewujudan pembangkang adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan beliau optimis pembangkang akan menang pada PRU14 sekiranya pembangkang bersatu demi rakyat.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *