Home / Politik / Pakatan Harapan / Sekejap RM305juta, kemudian RM160juta sekarang RM90juta?

Sekejap RM305juta, kemudian RM160juta sekarang RM90juta?

“Kerajaan negeri juga sering mengeluarkan kenyataan yang berdolak-dalih dan tidak selari daripada seorang exco dengan exco yang lain. Oleh itu adalah lebih baik untuk sekali ini lebih baik ketua menteri sendiri menerangkan dari awal hingga akhir.

“Walaupun rasa ada kesilapan, elok berceritalah yang benar. Kerajaan negeri selalu berbangga dengan slogan mereka jadi buktikanlah… Rakyat makin bingung kerana sekejap kata kajian sahaja mencecah ketelusan kos RM305 juta .. lepas itu cuma RM160 juta, ada pula yang kata RM130 juta dan terbaru hanya RM90 juta.

“Ada pula sumber-sumber dalaman yang berkata jika JKR yang buat, kos tidak akan mencecah sebegitu tinggi kerana JKR ada kepakaran dan JKR Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri. Maka sepatutnya kerajaan negeri menggunakan kepakaran yang ada pada JKR,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Terbaru Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo yang mempersoalkan kos sebenar kajian kemungkinan dan reka bentuk terpeinci bagi projek itu.

Loo mendakwa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci bagi terowong dasar laut dan tiga lebuh raya itu hanya berharga RM90 juta (AS$22 juta) dan bukan RM305 juta seperti didakwa kerajaan Pulau Pinang.

Tambah Zainal, kemudahan rakyat bukanlah sesuatu yang perlu dipolitikkan maka lebih baik kerajaan negeri berkata benar dan tidak perlu mengalih isu kepada jambatan ketiga pula.

“Setelah lapan tahun Dap mentadbir negeri ini, seperti ada perkara yang ingin disembunyikan. Mereka tidak berkata benar dan sering berubah-ubah kenyataan. Pada saya, perkara ini mungkin berlaku kerana mereka sering ‘buat dulu kemudian jawab’.

“Perancangan yang tidak teliti dan tergesa-gesa atau mungkin terlalu taksub untuk mendapatkan kelebihan politik menyebabkan mereka sering berubah-ubah kenyataan.

“Maka saya amat berharap, walau apapun yang dibuat oleh kerajaan negeri, janganlah ia menyusahkan rakyat,” tegas Zainal.

Untuk rekod, pada tahun 2012, Guan Eng telah mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan Dap itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan.

Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat – Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *