Home / Politik / Pakatan Harapan / Mat Sabu “mimpi basah” pinangan beliau dan PAN diterima PAS?

Mat Sabu “mimpi basah” pinangan beliau dan PAN diterima PAS?

Mendengar cerita tentang Parti Amanah Negara (PAN) yang ‘meminang’ PAS supaya menyertai Pakatan Harapan bersama dua lagi sekutu mereka, DAP dan PKR, benar-benar membuat penulis ketawa. PAS sertai Pakatan Harapan?

Setelah berakhir pertandingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAN khabarnya berpandangan bahawa PAS perlu dibawa masuk ke dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).

Maka mungkin kerana itu maka bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini menjadi berjawatan ‘lebih besar’ sebagai Timbalan Presiden PAN cuba tunjuk baik memujuk agar bekas partinya itu menyertai Pakatan Harapan.

Soalnya, sudikah PAS terima ‘pinangan’ PAN itu?

PAN lupa tentang label ‘syaitan dalam jemaah’, ‘jebon’, ‘Anwarinas’ dan sebagainya dulu? Dan kini mereka yang dikatakan cuba merosakkan PAS dari dalam cuba berbaik-baik mengajak PAS bersatu? Bersatu bersama ‘syaitan’?

Kenapa perlu PAS sertai Pakatan Harapan? Kenapa tidak PAN saja yang bubarkan parti dan sertai PAS? Apa kata kalau PAN bubarkan saja parti dan ‘rujuk’ kembali dengan PAS?

Tapi PAN perlu jadi ahli biasa dan ‘bertaubat’ dulu. PAN juga sebelum sertai PAS semula perlu berjanji untuk tidak lagi menjadi ‘syaitan’ seperti yang pernah dikatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dulu. PAN setuju?

Kemudian, PAN ajak sekali PKR sertai PAS yang kini bersama parti IKATAN. PAN dan PKR perlu jadi ‘junior’ dan tunduk hormat pada parti pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir itu yang lebih senior di dalam blok ‘pembangkang ketiga’.

PAN tidak perlu ajak DAP. Malah PAN perlu mula menghentam setiap pemimpin DAP yang pernah berlaku biadap terhadap Abdul Hadi dan PAS sebelum ini. PAN lupa pada mulut celupar DAP menyerang PAS bertalu-talu dulu?

Jika PAN enggan, maka lupakanlah untuk cuba menghasut PAS menjadi ‘keldai tunggangan’ seperti dulu. Pada pandangan penulis, PAS sudah serik setelah ‘terhantuk’. Masa mereka untuk menjadi ‘tunggangan’ sudah habis, kini PAN pula menyerahkan ‘leher’…

Setelah bertahun PAS hampir hancur dikerjakan DAP, PKR dan ‘harum manis’ sebelum ini, ramai melihat parti itu sedang bertatih memulihkan maruah dan cuba kembali ke haluan asal perjuangan mereka mencari redha Allah.

Pada hematnya, eloklah PAN bawa pulang saja ‘sireh pinang’ yang dibawa kepada PAS. PAN makanlah ‘sireh pinang’ itu bersama DAP di Sungai Buloh, sambil berfikir untuk menewaskan PAS pada PRU ke-14 nanti. Tanpa DAP dan PKR, mungkinkah PAN boleh kalahkan PAS? Fikir sendiri…

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *