Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS sindir DAP, gabung dengan Tun M pun kalah PRK

PAS sindir DAP, gabung dengan Tun M pun kalah PRK

PAS meminta DAP untuk tidak menjaga tepi kain parti lain dan memberi fokus kepada masa depan partinya sendiri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang sibuk meramal masa depan PAS sedangkan partinya sendiri semakin hiang pengaruh.

“Dia sendiri pun lemah, dalam dua PRK (pilihan raya kecil) baru-baru ini, dia bergabung empat kumpulan (DAP, PAN, PKR dan Tun Dr. Mahathir Mohamad) tetapi tetap tidak boleh mengatasi BN (Barisan Nasional).

“Ertinya, kelemahan itu ada pada se­siapa. Ini pengajaran buat semua,” katanya.

Malah katanya, perkembangan terkini menunjukkan tidak ada mana-mana parti pembangkang yang didapati benar-benar kuat atau mendapat sokongan padu rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai respon Kit Siang bakal kalah besar di Selangor dan Perak serta akan kehilangan Kelantan pada PRU14 akan datang sekiranya kekal bergerak solo tanpa bantuan Pakatan Harapan.

Kenyataan Kit Siang itu ibarat petunjuk agar PAS menyertai Pakatan Harapan sepertimana terbentuknya Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa PAS sebagai parti politik sudah bersiap sedia berdepan kemungkinan berlaku PRU14 tahun hadapan dan akan bekerja keras mempertahankan kerusi yang didudukinya kini.

“Sebagai parti politik, kita sentiasa bersedia. Hakikatnya kita sebenarnya mula buat persediaan sebaik sahaja PRU dahulu berakhir. Kalau betul tahun depan, kita tidak ada masalah,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *