Home / Politik / Pakatan Harapan / Wang dan kebendaan tidak termasuk duit raya dan beras cap Anwar Ibrahim?

Wang dan kebendaan tidak termasuk duit raya dan beras cap Anwar Ibrahim?

Keceluparan Rafizi Ramli memfitnah pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional(BN) bukan satu perkara asing bagi rakyat Malaysia. Namun apabila Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli parlimen Pandan itu melakukan perkara yang sering beliau kutuk berkenaan tindakan BN maka beliau dilihat seperti menepuk air didulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit ‘kebendaan’ dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN),” kata Rafizi dalam laporan itu.

Kini Rafizi dilihat sebagai “cakap tak serupa bikin” apabila beliau pula mengedarkan beras berjenama Anwar Ibrahim berserta duit raya di kawasan Parlimen Pandan baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau yang dilihat mengkritik dan mengutuk apa sahaja langkah kerajaan BN dalam menjaga kebajikan rakyat namun kini beliau sendiri pula turut menghulurkan sumbangan beras berjenama Anwar dan duit raya.

Imej beliau yang sememangnya tercalar makin bertambah buruk. Rakyat kini tahu bahawa apa sahaja yang beliau ucapkan “satu pun tak boleh pakai”.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *