Home / Politik / Pakatan Harapan / Tuan Ibrahim Tuan Man : Azmin Ali punca PAS kalah PRK tapi takper, kami faham dilema beliau

Tuan Ibrahim Tuan Man : Azmin Ali punca PAS kalah PRK tapi takper, kami faham dilema beliau

Sokongan terbuka Datuk Seri Azmin Ali kepada calon Amanah merupakan punca kekalahan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, kata Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan menteri besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *