Home / Santai / PDRM kepada IS : Kalau berani pulanglah!

PDRM kepada IS : Kalau berani pulanglah!

Ketua Polis Negara hari ini mencabar pejuang IS kembali ke Malaysia, bukan sekadar mengeluarkan ancaman dari jauh.

“Ini bukan video pertama yang dikeluarkan kumpulan itu. Saya mahu nyatakan di sini polis tidak akan benarkan elemen IS bertapak di sini ataupun sebarkan ideologi mereka.

“Jangan cuba ugut kami kerana kami terlalu tua untuk ini. Kami tidak ambil ringan ancaman ini.

“Kamu hanya berani buat ugutan-ugutan dari jauh, (kenapa tidak berani) pulang?” soal Khalid dalam satu sidang media pagi ini.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas satu rakaman video menunjukkan pejuang IS Malaysia di Syria yang mengancam akan melancarkan serangan ke atas rakyat negara ini, termasuk ‘memenggal leher’ anggota polis di Bukit Aman tidak lama lagi.

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dilaporkan mempunyai video grafik memaparkan Mohd Rafi Udin dari Negeri Sembilan bersama dua lagi pejuang IS memenggal tiga tebusan dipercayai pengintip.

Timbalan Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan sebagai berkata, “Serangan mungkin dilakukan sebaik saja IS menerima janji setia daripada kumpulan luar Syria dan kawasan operasi diisytiharkan milik mereka.”

Ayob Khan merujuk Khatibah Nusantara (cawangan IS di Asia Tenggara) yang katanya mengecualikan Malaysia daripada yang lain sebagai negara dilabel “Taghut” (pendosa/tidak patuh perintah Allah) yang perlu diperangi.

Khalid berkata, walaupun polis tidak meningkatkan tahap ancaman negara, pihaknya akan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga untuk sebarang serangan yang mungkin berlaku.

Mengenai kenyataan Ayob Khan yang polis bersiap sedia untuk kemungkinan berlaku serangan dalam enam bulan oleh Khatibah Nusantara di Filipina dan IS, ini jawapan Khalid.

“Saya gesa semua pasukan keselamatan tingkatkan tahap keselamatan khasnya di tempat awam. Ini lebih penting sekarang susulan kemunculan video yang menghantui pemikiran orang ramai,” katanya.

About tok anjang

Check Also

9 Petanda Anda Perlu Cari Pekerjaan Baharu?

Sekiranya anda seperti majoriti orang lain, mungkin anda lebih banyak luangkan masa di pejabat berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *