Home / Politik / Pakatan Harapan / Mustafa Ali cuba selamatkan Azmin Ali dengan salahkan DAP & PAN?

Mustafa Ali cuba selamatkan Azmin Ali dengan salahkan DAP & PAN?

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menyalahkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana menyebabkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali ‘sakit kepala’ semasa mengadakan rundingan pembahagian kerusi.

Kenyataan tersebut diutarakan selepas Azmin, dalam wawancara eksklusif bersama Oriental Daily berkata, adalah sukar untuk berkomunikasi dengan PAS berhubung rundingan pengagihan kerusi.

Mustafa berkata, berdasarkan pengalaman masa lalu, perbincangan dengan Azmin berhubung pembahagian kerusi (untuk tujuan pilihan raya) berjalan lancar.

“Pada masa lalu, saya tidak mempunyai masalah besar mengadakan perbincangan langsung dengan Azmin. Beliau mewakili PKR, saya pula mewakili PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, keadaan menjadi rumit dengan Azmin sejak beliau mewakili Pakatan Harapan yang baru berusia setahun, jelas Mustafa lagi.

“(Sekarang) masalah muncul sejak Azmin mewakili Pakatan Harapan, dan bukan hanya PKR. Ini mungkin lebih mencabar. Rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menyukarkan keadaan untuk beliau.

“Dia (Azmin) tidak boleh memberikan kata terakhir (bagi pihak) rakan-rakan Pakatan Harapan…(kerana) kemudian AMANAH akan bersuara (sesuatu yang lain).” tambah beliau.

Ditanya sama ada DAP dan AMANAH yang merupakan sekutu PKR dalam Pakatan Harapan menyebabkan Azmin pening kepala, Mustafa menjawab:

“Ya. Ya. Ia menjadikan sukar buat beliau (Azmin). (Tetapi ) jika ianya rundingan terus antara PKR dan PAS, ini tidak menjadi masalah.” katanya lagi.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *