Home / Ekonomi / PERKASA dakwa majikan Cina berat sebelah bila memilih pekerja

PERKASA dakwa majikan Cina berat sebelah bila memilih pekerja

Perkasa hari ini mendakwa syarikat milik Cina sengaja memberi alasan kelemahan menguasai bahasa Inggeris apabila mereka tidak mengambil graduan Bumiputera dari universiti awam.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata alasan itu tidak munasabah kerana graduan berbangsa Cina juga lemah dalam bahasa Inggeris tetapi masih diambil berkhidmat dalam sektor swasta.

“Mereka nampaknya berat sebelah ke arah graduan Bumiputera dari universiti-universiti awam. Syarikat Cina lebih suka mengambil orang Cina. Semuanya mengenai warna (kulit) di Malaysia,”

Menurutnya, isu perkauman di Malaysia semakin teruk sehingga menjejaskan graduan Bumiputera yang hanya boleh memohon kerja dengan kerajaan.

“Cuba cakap dengan pelajar UKM dan USM. Mereka fasih berbahasa Inggeris. Apa bezanya mereka daripada pelajar kolej swasta?” soalnya yang ragu-ragu dengan dakwaan graduan Bumiputera lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris kerana bahasa pengajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ialah Inggeris manakala pelajar di UKM dan USM pula fasih berbahasa Inggeris.

Jelasnya, adalah sukar mencari penyelesaian terhadap masalah itu selagi sektor swasta terus bersikap berat sebelah terhadap graduan Bumiputera dari universiti awam.

Ibrahim turut mendakwa orang Cina hanya bekerjasama sesama kaum sendiri dalam bidang perniagaan dan tidak memberi peluang kepada orang Melayu berniaga, contohnya dalam sektor pembinaan.

Semalam, bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Ghauth Jasmon berkata, jumlah graduan menganggur dari universiti-universiti awam dijangka terus meningkat dengan 80% daripada 400,000 penganggur terdiri daripada Bumiputera disebabkan mereka lemah dalam bahasa Inggeris.

About tok anjang

Check Also

Pembelian Boeing Bukan Guna Duit Rakyat, Bukan Perkara Baharu

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pembelian pesawat penumpang Boeing oleh Malaysia Airlines …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *