Home / Politik / Pakatan Harapan / Gerakan tanya Lim Guan Eng apa yang jadi dengan RM215 juta?

Gerakan tanya Lim Guan Eng apa yang jadi dengan RM215 juta?

‘Episod satu daripada skandal terowong bawah laut Pulau Pinang’ didedahkan hari ini oleh Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo yang mempersoalkan kos sebenar kajian kemungkinan dan reka bentuk terpeinci bagi projek itu.

Loo mendakwa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci bagi terowong dasar laut dan tiga lebuh raya itu hanya berharga RM90 juta (AS$22 juta) dan bukan RM305 juta seperti didakwa kerajaan Pulau Pinang.

Jumlah RM90 juta itu katanya, telah didedahkan di laman web bahasa Cina, China Railway Construction Group, salah satu daripada rakan kongsi Consortium Zenith BUCG-(CZBUGG), firma yang mendapat kontrak untuk membina terowong dan tiga jalan.

Syarikat itu mendedahkan jumlah tersebut apabila menandatangani perjanjian bagi projek dengan CZBUCG pada bulan Oktober 2013, kata Loo (foto).

“Apa yang terjadi kepada baki RM215 juta,” soal beliau pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di Jalan Macalister di George Town hari ini.

Menurut CZBUCG, jumlah RM305 juta yang diberikan oleh kerajaan negeri bukan sahaja untuk kajian kemungkinan dan rekabentuk terperinci bagi terowong bawah laut itu, tetapi juga tiga lebuh raya utama dan kerja-kerja infrastruktur.

Menghubungkan Gurney Drive di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar, terowong dan tiga lebuh raya dijangka berharga RM6.34 bilion dan dijangka siap pada tahun 2027.

Tetapi projek itu telah dikritik keras, terutamanya oleh NGO yang prihatin dengan kesan alam sekitar terowong dasar laut.

Loo berkata, sumber maklumat iaitu laman web firma China itu – harus dipercayai kerana ia adalah laman web rasmi syarikat dan ia merupakan rakan kongsi CZBUCG.

“Ia adalah rasmi seperti Buletin berita kerajaan Pulau Pinang, Buletin Mutiara, yang dibaca oleh 1.6 juta rakyat Pulau Pinang. Mereka anggap sumber atau maklumat di sana boleh dipercayai,” katanya.

Beliau menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja awam, utiliti dan pengangkutan, Lim Hock Seng, untuk menjawab soalan beliau mengenai perkara itu.

“Tidak hairanlah Hock Seng cuba melarikan diri menjawab soalan-soalan ini! Tidak hairanlah dia seorang yang bacul dan tidak berani menghadiri debat dengan saya mengenai isu ini!

“Tidak hairanlah juga dia enggan berjumpa dengan saya apabila saya pergi berjumpanya di pejabatnya di Komtar, apabila beliau di sana menunggu seorang menteri Umno (untuk menunjukkan dokumen mengenai terowong bawah laut),” kata Loo.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *