Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS lupa perjuangan pembangkang Malaysia, kata MB yang dinaikkan oleh PAS

PAS lupa perjuangan pembangkang Malaysia, kata MB yang dinaikkan oleh PAS

Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.

“Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Azmin berkata pengakuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang parti Islam itu tidak boleh berjuang bersendirian menunjukkan masih ada peluang mengadakan rundingan dan hanya pendirian sesetengah individu dalam PAS agak keras.

Menteri besar Selangor itu menjelaskan, kekalahan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bermakna parti pembangkang tidak boleh bangkit semula.

“Untuk bangkit semula, pembangkang perlu lebih jujur, hormat pendapat berbeza, parti dan pemimpin lain, sedar terhadap realiti rakyat mahu parti pembangkang yang kuat dan bersatu.

“Proses ini walaupun susah tetapi kita tidak patut putus asas. Penyatuan semula parti pembangkang memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya sambil berharap semua pemimpin boleh bersikap terbuka dan terima hakikat rakyat mahu perubahan.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *