Home / Politik / Pakatan Harapan / Rafizi Ramli dan Tony Pua : Pengundi yang salah pilih calon!

Rafizi Ramli dan Tony Pua : Pengundi yang salah pilih calon!

Kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) da­lam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun lalu ternyata meletakkan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang bagaikan ‘cacing kepanasan’.

Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila dengan pelbagai serangan berbentuk tohmahan, dakwaan dan fitnah yang mereka lakukan ke atas BN, parti itu bukan sahaja berjaya mengekalkan kerusi ter­sebut tetapi juga mencatatkan majoriti di luar jangkaan.

Berikutan itu, pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan ke­putusan pengundi memberi sokongan kepada BN.

Tony Puan hairan kenapa pengundi masih memilih BN sedangkan hujahnya, “… kita tidak dapat mengelakkan diri daripada berta­nya kenapa orang memilih untuk mengundi pihak yang te­lah menya­mun hasil titik peluh mereka, walaupun setelah didedahkan dengan pelbagai bukti yang kukuh.’’

Rafizi pula secara terbuka memperkecilkan kebijaksanaan pengundi membuat keputusan apabila menganggap mereka masih ‘dijangkiti dua penyakit’ iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

“Penyakit sentimen perkaum­an atau keagamaan di mana ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi sedang mereka mengeluh setiap hari kerana bagi memerangi Cina DAP dan Amanah (PAN) itu lebih penting daripada membanti diri sendiri,’’ kata Rafizi dalam satu kenyataan.

Inilah perangai pembangkang! Kalau mereka menang, mereka riuh sekampung kononnya ia membuktikan kuasa rakyat dan penolakan terhadap BN tetapi apabila tewas mereka menyalahkan rakyat dengan pelbagai andaianya.

cm_amanah_3_leaders-370x276Sebenarnya, Tony dan Rafizi kecewa kerana segala propaganda politik mereka sebelum ini dalam memburuk-burukkan ke­rajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendatangkan hasil.

Mereka mengharapkan kedua-dua PRK akan menjadi refendum bagi membuktikan rakyat menolak BN, tetapi impian mereka tidak tercapai, rakyat tidak mudah terpengaruh dengan politik kebencian dan fitnah yang cuba disema­rakkan oleh pembangkang.

Sebab itulah apabila Rafizi menyatakan, pengundi masih dijangkiti penyakit perkauman, beliau sepatutnya bertanya siapakah yang bertindak biadab memasang papan tanda berbaur provokasi di Sungai Besar ketika kempen PRK tersebut. Tidakkah ia perbuatan DAP yang menjadi ‘tukang kempen’ untuk PAN?

Malah mengaitkan pengundi pasrah dengan rasuah dan penye­lewengan adalah satu perbuatan biadab seolah-olah pe­ngundi tidak bijak menilai antara kebaikan dan keburukan.

Rakyat memilih BN apabila mereka melihat pemimpin pembangkang seperti Tony dan Rafizi mengamalkan politik memburuk-burukkan BN sebagai modal meraih sokongan sedangkan pembangkang sendiri tidak ada apa-apa perancangan bagi membela nasib rakyat termasuk di kedua-dua kawasan tersebut.

Tindakan Tony dan Rafizi menunjukkan pakatan pembang­kang semakin tidak keruan apabila mendapati politik fitnah yang mereka amalkan selama ini memakan diri, apa yang berlaku di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah menjadi bukti!

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *