Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS patut malu dengan parti serpihan sendiri, PAN

PAS patut malu dengan parti serpihan sendiri, PAN

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyaksikan PAS telah ‘dimalukan’ oleh parti serpihannya sendiri, Parti Amanah Negara (AMANAH), menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Keadaan itu disebabkan keputusan PAS sendiri yang mahu berseorangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataannya.

Kesan buruk tersebut akan turut dirasai oleh parti pembangkang lain kerana akan menghadapi masa yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika PAS terus ‘memaksa’ pertandingan tiga penjuru, katanya.

“Kehadiran PAS adalah rahmat kepada UMNO dan berita buruk bagi Pakatan , melainkan jika boleh membuat perjanjian sesama mereka. Ini adalah sebab mengapa saya yakin usaha awal (Datuk Seri) Azmin Ali untuk menjadi pengantara antara PAS dan AMANAH penting.

“Pakatan memerlukan lebih ramai pemimpin yang berkongsi aspirasi Azmin untuk menjadi pengantara dan berunding antara pihak-pihak yang berbeza dalam blok pembangkang.

“Jika tidak, mereka akan mempunyai masa yang sangat sukar bergerak ke hadapan, ” katanya dalam laman Facebook malam tadi

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *