Home / Santai / Macam-macam / Cari glamour atau ikhlas mahu beli rumah Lim Guan Eng?

Cari glamour atau ikhlas mahu beli rumah Lim Guan Eng?

Bekas calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Datuk Abu Backer Sidek membuat tawaran membeli banglo kontroversi Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Jelutong di sini.

Menurut beliau, tawaran itu disertakan dengan cek pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga ditawar untuk membeli rumah berkenaan.

Katanya, beliau berminat membeli rumah banglo Guan Eng itu dengan harga sama dibeli Ketua Menteri membabitkan nilai sebanyak RM2.8 juta.

“Saya datang mahu berjumpa dengan Ketua Menteri sendiri bagi menyampaikan hasrat untuk membeli rumah beliau.

“Surat tawaran beserta cek deposit sebanyak RM56,000 telah saya sediakan dan sampaikan kepada pegawai beliau dan berharap Ketua Menteri bersetuju dengan tawaran ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa Ketua Menteri bersama penduduk Kampung Masjid, Kampung Baharu Air Hitam di sini.

Bagaimanapun, kehadiran bekas calon yang tewas dalam PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014 itu terlewat memandangkan Guan Eng telah meninggalkan majlis dan enggan menjawab sebarang soalan daripada pemberita.

Tambah Abu Backer, sebagai orang awam, adalah tidak menjadi kesalahan baginya membeli sebarang aset atau hartanah dengan harga rendah tanpa mengikut pasaran semasa.

Malah, kata Abu Backer lagi, sekiranya Guan Eng bersetuju dengan tawaran itu, beliau akan membayar harga rumah berkenaan secara tunai.

“Tawaran ini bagi saya adalah peluang terbaik untuk mendapatkan rumah berkenaan dengan harga murah sebelum mendapat untung dengan menjual semula rumah itu mengikut harga pasaran,” katanya.

Sehubungan itu, jelasnya, beliau kini menyerahkan kepada Guan Eng untuk menilai hasratnya itu sama ada untuk menerima atau menolaknya.

About tok anjang

Check Also

Trend “Mat Salleh Backpacker” Mengemis Makin Menjadi Di Malaysia?

Trend pelancong “backpacker” mengemis semakin meningkat di jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur, lapor The New …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *