Home / Politik / Pakatan Harapan / Alasan Mat Sabu : Pengundi keliru kerana pembangkang bergaduh sesama sendiri

Alasan Mat Sabu : Pengundi keliru kerana pembangkang bergaduh sesama sendiri

Para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar terkeliru terhadap calon-calon Pakatan Harapan oleh kerana pihak pembangkang bertelagah sesama sendiri, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH ), Mohamed Sabu.

Pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang melabuhkan tirainya Sabtu lalu, BN menang besar di kedua-dua kerusi dengan AMANAH di tempat kedua di Sungai Besar dan ketiga berbanding PAS di Kuala Kangsar.

“Pengundi jadi pening. Mereka keliru yang mana calon pembangkang yang hendak dipilih,” kata Mohamed yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu pada ceramah di Bukit Mertajam, malam tadi.

“Di Sungai Besar, PAS bercakap mengenai betapa hebatnya kerajaan negeri kerana parti itu adalah sebahagian daripadanya, dan begitu juga AMANAH,” tambah Mat Sabu.

“Sepanjang tempoh berkempen di Sungai Besar, PAS kata ia adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat bersama PKR dan AMANAH pula menjaja mesej ia adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR.

“Keadaan ini menyebabkan para pengundi menjadi sangat keliru mengenai calon-calon Pakatan. Sebaliknya, BN/Umno tampil teguh bersatu menghadapi musuh-musuh mereka,” jelas Mat Sabu.

Beliau mengakui keadaan ‘pening dan keliru’ ini terbukti menjadi cabaran besar apabila partinya berkempen di kawasan luar bandar Selangor dengan sesetengah pengundi masih ingat Dr Mohamed Khir Toyo adalah menteri besar Selangor semasa.

“Lain-lain fikir saya masih bersama PAS, mereka beritahu saya mereka akan mengundi parti saya, apabila saya tanya kepada mereka yang mana satu, mereka kata PAS,” katanya.

Mat Sabu adalah bekas timbalan presiden PAS sebelum beliau dan 17 pemimpin lain disingkirkan daripada pucuk pimpinan parti Islam itu pada pilihan raya tahun lepas. Mereka kemudiannya meninggalkan PAS bagi membentuk AMANAH yang menjadi sekutu rapat DAP.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *