Home / Politik / Pakatan Harapan / Undi Cina dalam PRK : PAS anggap pengundi Cina tidak setia, PAN pula anggap perkara biasa

Undi Cina dalam PRK : PAS anggap pengundi Cina tidak setia, PAN pula anggap perkara biasa

PAS anggap pengundi Cina tidak setia

Kesetiaan pengundi Cina terhadap sesebuah parti itu yang tidak melebihi dua penggal adalah punca BN berjaya mendapat majoriti lebih besar di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan pengamatannya, pengundi Cina akan beralih arah untuk menyokong parti lain selepas dua penggal.

“Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRU 2013, mereka menyokong Pakatan Rakyat (PR), sekarang mereka akan kembali menyokong BN.

“Pola pengundian pengundi Cina sepanjang sejarah PRU di Malaysia saya perhatikan seperti itu,” katanya kepada FMT hari ini sebagai mengulas faktor yang mempengaruhi pengundi Cina beralih arah menyokong BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam.

Untuk meraih pengundi Cina, Mohd Zuhdi menyarasokongan nkan Dewan Himpunan Penyokong PAS memberi penjelasan berhubung tohmahan yang dilemparkan oleh DAP, MCA dan Gerakan.

“Pengundi Cina lari daripada PAS disebabkan PAS masih gagal memperjelaskan tohmahan yang dilemparkan oleh parti-parti itu,” katanya.

PAN anggap isu pengundi Cina perkara biasa

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menegaskan parti itu tidak kehilangan sokongan pengundi Cina pada dua PRK semalam kerana penubuhan parti itu belum sampai setahun.

“Bagi saya walaupun BN dapat meningkatkan peratusan pengundi Cina mereka, namun saya rasa itu fenomena yang biasa berlaku dalam mana-mana PRK.

“Sebab masyarakat Cina ini boleh ‘demand’, kadang-kadang dia tunjukkan sedikit berantakan tapi biasanya dalam PRU itu tidak akan terjadi,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *