Home / Politik / Pakatan Harapan / Retak menunggu belah : Hubungan PAS dan PKR bagai telur dihujung tanduk

Retak menunggu belah : Hubungan PAS dan PKR bagai telur dihujung tanduk

Selepas berakhir dua pilihan raya kecil (PRK), perlawanan sebenar masih belum berakhir antara PAS dan PKR, malah dijangka akan lebih keruh berbanding sebelum ini.

Walaupun cuba diperlihatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali seolah-olah masih mempunyai kepercayaan dan keyakinan daripada wakil rakyat parti Islam tersebut, akar umbi PAS sebenarnya sudah mula merasakan mereka hanya dipergunakan oleh menteri besar itu.

Masih terlalu awal untuk Azmin menarik nafas lega kerana pilihan raya umum depan bakal berlangsung kurang dua tahun lagi dan blok pembangkang kini dilihat kelam-kabut tanpa nakhoda.

Nampaknya, harapan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat Azmin menggalas tanggungjawab sebagai penghubung dikalangan parti pembangkang luntur, malah gagal sama sekali.

Selepas kegagalan dalam rundingan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, kini Azmin gagal sekali lagi dalam PRK. Adakah ini individu yang diharapkan oleh Anwar layak untuk menggantikannya?

Bagi PAS, mereka menerima kekalahan ini kerana sudah bersendirian dan terpaksa menerima hakikat sudah tidak sekuat sebelum ini. Tapi pastinya mereka perlu mengambil kira faktor jumlah penurunan undi kali ini pastinya mempunyai kaitan dengan sokongan Azmin kepada calon PAN (Parti Amanah Negara).

Sokongan terbuka Azmin kepada PAN pasti melukakan PAS selepas mendapat keputusan hitam putih PRK semalam, ia pasti lebih melukakan apabila beza undi mereka dengan parti serpihan, PAN hanya sedikit walaupun baharu setahun jagung.

Mulut cakap tidak kisah tapi dalam hati siapa yang tahu, itu mungkin ungkapan paling sesuai dengan situasi dihadapi PAS sekarang.

Mungkin sudah tiba masanya PAS menyahut seruan akar umbi seperti yang disuarakan pada Muktamar baru-baru ini di Kelantan supaya hubungan dengan PKR dikaji semula, khususnya d negeri Selangor.

Jika dilihat daripada sudut politik, PKR pasti terbeban dengan jika berlaku “perpisahan” dengan PAS memandangkan mereka mempunyai pengaruh dikalangan masyarakat Melayu dan Islam.

PKR perlu mengelakkan berlakunya perpisahan antara parti itu dengan PAS kerana pembangkang memerlukan kekuatan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bila berlaku perpecahan macam ini (pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar, empat penjuru di PRK Kuala Kangsar), PKR terus memilih untuk menyokong dan bersama PAN.

“PKR kena ingat yang naiknya Azmin sebagai menteri besar pun disebabkan oleh sokongan daripada PAS. PKR juga kena ingat bahawa PAS lebih disokong masyarakat Melayu berbanding PAN!

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *