Home / Politik / Pakatan Harapan / Mengaku jerlah “korang” tak mampu menang PRU tanpa PAS

Mengaku jerlah “korang” tak mampu menang PRU tanpa PAS

Seorang Facebooker menulis:
“Hari ini, sekurang-kurangnya kita tahu takat mana kekuatan PAS di dalam pembangkang.

Rupa-rupanya PAS ada saham 47-53% sokongan daripada undi yang didapati oleh keseluruhan pembangkang.

“Ini tahap kekuatan bersih PAS hari ini – setelah dipecahkan, dilanyak kiri-kanan, dituduh pelbagai dan diletakkan pelbagai persepsi oleh mereka yang tidak menyukai perjuangan PAS, – selama setahun lebih dan lebih-lebih lagi setelah RUU dibentang. Terbukti, PAS ada kekuatannya sendiri, yang dimilikinya sendiri dan tidak mampu diganti mana-mana parti. Dan inilah sokongan yang dibawa PAS ke dalam Pakatan dulu. Dan inilah kehilangan daripada Pakatan apabila PAS tidak lagi bersama.

“Bagaimana pula dengan kekuatan bloc pembangkang yang satu lagi? Yang pasti mereka tidak berada dalam lingkungan 50% kerana apa yang didapati bukan berdasarkan kekuatan bersih mereka kerana kali ini mereka mempunyai faktor Tun Dr Mahathir, yang tidak diketahui nilainya.”

Matematik Facebooker ini dapat disimpulkan seperti di bawah:

Pakatan Rakyat = (DAP + PKR, 50%) + PAS, 50%
Pakatan Harapan (PKR + DAP + Amanah) + Tun Dr Mahathir = PAS

Pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar membuktikan DAP gagal menggantikan sokongan yang hilang kerana kehilangan PAS, walaupun adanya Amanah dan Tun Dr Mahathir serta sokongan Azmin sebagai MB Selangor.

Malah boleh dikatakan Amanah langsung tidak membawa sebarang nilai kepada DAP dan PKR dan kerjasama dengan Dr Mahathir pula menyebabkan undi Melayu merosot dan undi Cina lari kembali ke BN.
Kerana sibuk mencari ruang bagi Amanah hidup di politik, PKR kini berdepan situasi rugi-rugi dan DAP berada di dalam keadaan separuh mati.

Ya, PAS hilang sokongan Cina yang banyak, tapi PKR dan DAP juga hilang sokongan Melayu yang banyak malah undi Cina juga merosot dengan ketara seperti yang berlaku di Sarawak.

Tapi, jika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar dijadikan kayu pengukur: di kerusi di mana majoriti Melayu melebihi 80%, PAS masih dapat bersaing dengan dengan Umno, walaupun ada peperangan tiga penjuru yang melibatkan Amanah, PKR mahupun DAP.

Manakala di kerusi campuran di mana undi Cina sekitar 20%-50%, PKR dan DAP pula hilang daya saing dengan BN, jika berlaku tiga penjuru yang melibatkan PAS.

Situasi ini sekaligus menyebabkan DAP akan bertambah keras dan tidak akan berkompromi untuk melepaskan kerusi-kerusi majoriti Cina kepada PKR di dalam Pakatan Harapan.

Dan seperti yang dijangka Ahli Parlimen Selayang PKR, William Leong, sikap DAP ini menyebabkan PKR dan Amanah akan terus ditolak menjadi parti yang terpaksa bergantung pada undi Melayu kerana DAP enggan melepaskan kerusi Cinanya.

Malah, PKR akan diasak oleh DAP dan Amanah untuk melepaskan beberapa kerusi campuran yang mempunyai saiz pengundi Cina yang besar kepada Amanah dan DAP di pilihanraya umum ke 14 seperti yang berlaku di Sarawak.

Walaupun PRK ini juga membuktikan PAS tidak boleh keseorangan, tapi hakikat pahit yang perlu ditelan ialah pembangkang lebih memerlukan PAS dan bukan seperti yang cuba diwar-warkan DAP mahupun Amanah bahawa PAS sudah tidak relevan lagi.

Apapun, keputusan kedua-dua pilihanraya kecil ini membuktikan Azmin betul bahawa semua pembangkang perlu berunding. PKR perlu menjaga rumahnya sendiri, dan jangan kerana terikut-ikut rentak DAP yang ingin menghidupkan Amanah kerana kepentingan mereka, rumah PKR sendiri yang disambar api sehingga menjadi abu.

Baliklah ke formula sebelum 2008, di mana Pakatan Rakyat belum dihidupkan dan DAP dan PAS tetap tidak mengadakan kerjasama, akan tetapi ketiga-tiga parti saling tidak mengacau kerusi masing-masing.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *