Home / Politik / Pakatan Harapan / Kalah PRK: Saya terkilan kerana Pas degil

Kalah PRK: Saya terkilan kerana Pas degil

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa terkilan kerana kedegilan Pas untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar menyebabkan partinya, PKR kehilangan peluang untuk menawan kerusi Parlimen tersebut.

‎Zuraida berkata, hasil keputusan pilihanraya yang diperoleh pada semalam mungkin tidak akan sama seandainya Pas memberi laluan kepada PKR untuk meneruskan perjuangan pembangkang di Sungai Besar.

“Saya terkilan kerana PKR cuba berunding dengan Pas untuk diberi laluan bagi bertanding. PKR telah cuba berunding sehingga saat-saat akhir.

‎“Malangnya Pas tidak beri laluan dan teruskan bertanding. Jadi inilah keputusan yang kita lihat,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Semalam, calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan memenangi PRK Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain.

Manakala Parlimen Sungai Besar pula kekal milik BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK Sungai Besar.

Dalam pertembungan yang melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman.

Ahli Parlimen Ampang itu bagaimanapun mengakui kesukaran untuk memenangi PRK kali ini disebabkan pertembungan tiga penjuru yang berlaku antara BN, Amanah dan Pas.

“Untuk menang memang susah. BN sudah dapat jangka yang mereka akan menang. Itu normal dalam suasana PRK,” katanya lagi.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *