Home / Politik / Pakatan Harapan / Setelah puas menghina,kini PH buat muka tak malu mahu berunding dengan PAS

Setelah puas menghina,kini PH buat muka tak malu mahu berunding dengan PAS

DAP mahu kerjasama balik dengan PAS?

Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP senada mahu mempelawa PAS kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan Amanah di kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah petanda rakyat mahu gabungan parti pembangkang yang benar-benar kukuh.

“Masih ada masa untuk baiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan PAS,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah Perak sejurus keputusan PRK Kuala Kangsar diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

DAP mahukan PAS ikhlas dalam berbincangan dengan PH

Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin untuk mengajak PAS kembali ke meja rundingan bersama PH.

Ini kerana jelasnya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN.

“PAS kena pergi rundingan dengan PH. Jika PAS tak nak kalah perlu elak pertandingan empat penjuru. Kita sentiasa terbuka, tetapi PAS perlu ikhlas,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *