Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS yakin mereka tetap kuat, DAP dan PKR akan “bungkus” dalam PRU14?

PAS yakin mereka tetap kuat, DAP dan PKR akan “bungkus” dalam PRU14?

Berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang baru di keluarkan, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyimpulkan beberapa dapatan awal.

1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, jet peribadi Rosmah Mansor dan lain-lain tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.

2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk diterjemahkan ke kertas undi.

3. PAS yang masuk kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari Pakatan Harapan di Sungai Besar.

4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50 peratus kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 yang lalu.

5. Semenjak PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini dua PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.

6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke-14, yang mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.

7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.

8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan Pakatan Harapan semakin hilang pengaruh beliau.

Analisis oleh : DR MOHD ZUHDI MARZUKI pengarah Pusat Penyelidikan PAS

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *