Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS dakwa UMNO dan DAP punca pengundi Cina lari daripada mereka

PAS dakwa UMNO dan DAP punca pengundi Cina lari daripada mereka

PAS hadir dengan tuduhan setelah kalah

PAS hari ini menuduh Umno dan Amanah memutar belitkan isu rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagai punca PAS kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengundi Cina ditakutkan sekaligus menyebabkan undi kepada parti itu di kawasan majoriti Cina rendah.

“Isyarat jelas terutamanya Amanah dan Umno untuk menakut-nakutkan pengundi Cina. RUU Akta 355 Mahkamah Syariah sengaja diputarbelit.

“Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina,” katanya menyampaikan ucapan kepada jentera PAS di Markas PAS, Simpang Lima.

Anggap PRK Sungai Besar sebagai berjaya

Tuan Ibrahim berkata jentera PAS berjaya menepis sangkaan parti Islam itu tidak mempunyai masa depan.

“Tahniah pada jentera kita kerana berjaya hapuskan pelbagai sangkaan bahawa kita mempunyai masa depan yang gelap kerana kita bersendirian seperti yang didakwa Amanah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PRK PAS Sungai Besar, Datuk Iskandar Samad, berkata kekalahan ini merupakan suatu pengajaran.

“Walaupun kita tidak berjaya, banyak perkara yang penting kita dapat apabila berhadapan dengan pilihan raya.

Ujarnya, Pas akan mengkaji dan berbincang semula mengenai keputusan yang berlaku di Sungai Besar.

“Kita kena duduk balik bincang masalah yang kita kena hadapi di Sekinchan,” katanya lagi.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *