Home / Politik / Pakatan Harapan / Bila “khadam” membela “tuan”, salahkan pengundi Melayu takutkan DAP

Bila “khadam” membela “tuan”, salahkan pengundi Melayu takutkan DAP

Melayu anggap DAP seperti “pocong”

Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli berkata propaganda “kuasa Melayu akan hilang jika DAP menang” masih mempengaruhi pengundi.

Katanya kebanyakan pengundi tidak membuat keputusan tepat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kali ini.

“Isu nasional mungkin main peranan tetapi propoganda hilang kuasa Melayu jika DAP menang masih menghantui pengundi. Saya sifatkan ini sebagai isu ‘pocong’ iaitu ketakutan yang tak berasas.

“Saya lihat pengundi masih belum buat keputusan sehingga saat terakhir. Mereka sebenarnya tidak memahami pengundi yang belum buat keputusan,” katanya kepada wartawan bilik operasi Amanah Perak.

PAN mahu raih undi wanita dalam PRU14

Termizi berkata Amanah pada masa depan akan lebih menumpukan pengundi wanita, khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Kita akan kaji setiap pengundi. Kita lihat pengundi kuat adalah wanita Melayu. Ini juga berteruskan dalam PRK kali ini.

“Jadi kita akan cari jalan nak pecahkan tradisi ini,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *