Home / Politik / Barisan Nasional / Pembebasan 2 nelayan bakal ubah undi Cina di Sungai Besar?

Pembebasan 2 nelayan bakal ubah undi Cina di Sungai Besar?

 

Menariknya sehari dua ini di Sekinchan, cakap-cakap bahawa pengundi Cina di kampong nelayan di situ berjanji memberikan undi kepada calon BN jika kerajaan Berjaya membebaskan dua nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indnesia sejak Mac lalu, bukan rahsia lagi.

Petang semalam, kerajaan menunaikan janji yang dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu untuk membawa pulang Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong.

Pemerhati politik menjangkakan, usaha kerajaan dan komponen MCA dan Gerakan sejak Mac lalu bagi membebaskan dua nelayan Sekichan itu sedikit sebanyak akan menjadi pertimbangan pengundi-pengundi Cina di kawasan itu.

Walaupun, ada jangkaan sekurang-kurangnya 3 ribu undi masyarakat Cina akan masuk ke peti undi calon BN tetapi ianya bukan satu harapan yang betul-betul boleh jadi kenyataan.

Pengalaman pada PRU dan PRK sebelum ini menunjukkan walau apa juga usaha dan bantuan kerajaan BN terhadap kaum Cina, pola pengundi mereka masih tidak berubah  yakni masih menyokong pembangkang.

Bagaimanapun, untuk menafikan begitu sahaja undi sebagai tanda terima kasih usaha kerajaan itu adalah tidak wajar.

Jika 3,000 undi seperti diuar-uarkan tidak diperolehi sepenuhnya tetapi hanya separuh berpindah kepada BN, Budiman boleh menang dengan majoriti di bawah 2 ribu undi apabila keputusan diumumkan malam esok.

Kemenangan calon BN itu juga turut dibantu dengan pertandingan tiga penjuru yang menyebabkan paling terkesan adalah PAS kerana tidak mustahil pengundi mereka sebelum ini akan memilih calon PAN, parti serpihan PAS.

Namun, mungkin juga ada kejutan yang membolehkan Budiman menang dengan majoriti mencecah 4 ribu undi kerana dikhabarkan ada sekumpulan lagi pengundi Cina yang selama ini menyokong DAP kecewa kerana parti itu tidak bertanding pada PRK kali ini.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *