Home / Politik / Pakatan Harapan / Jawatan MB Selangor tetap tergugat jika DAP dan PAS terus bergaduh

Jawatan MB Selangor tetap tergugat jika DAP dan PAS terus bergaduh

Walau apa pun keputusan pilihanraya Sungai Besar, kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor tetap tergugat.

Pembentukan kerajaan negeri adalah berdasarkan permuafakatan antara PKR, PAS dan DAP yang suatu masa dahulu mereka gelar Pakatan Rakyat. Namun, perselisihan antara DAP dan PAS mengakibatkan pakatan haram ini terkubur dan digantikan dengan pakatan yang lebih haram antara PKR, PAN dan DAP yang mereka (DAP) namakan Pakatan Harapan.

Demi menjaga gaji dan kedudukan sebagai Exco negeri Selangor, PAS Selangor mengambil keputusan untuk tidak mengikuti jemaah pusat dan pilih untuk setia bersama DAP.

DAP juga yang tidak mahu berlakunya pilihanraya negeri atau kerajaan bertukar tangan menerima perjanjian senyap ini buat sementara waktu.

Yang tersepit di tengah-tengah adalah PKR dan Menteri Besar, Azmin Ali.

PRK Sungai Besar telah membuktikan Azmin terpaksa akur dengan kehendak DAP untuk menurunkan calon dari parti ‘anak angkat’nya PAN. Dengan menguasai 15 kerusi DUN Selangor, DAP membuktikan bahawa mereka mempunyai kuasa untuk mendesak yang sangat kuat.

Sekiranya Azmin gagal memenuhi kehendak ini, DAP akan berpaling kepada kem Wan Azizah untuk menukar Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

PAS Selangor yang hanya mempunyai kerusi terendah yang lebih rendah daripada DAP terpaksa akur, namun kehendak PAS Pusat untuk menurunkan calon di PRK ini menyebabkan PAS menjadi lebih tidak selesa dengan kedudukan mereka sebagai Exco kerajaan negeri.

DAP masih tidak mendesak dengan lebih kuat untuk memecat PAS dari pakatan di Selangor sebaliknya menunggu keputusan PRK kali ini.

Sekiranya undi PAS melampaui PAN, maka DAP mempunyai kurang 2 tahun untuk memujuk PAS kembali menyertai pakatan bersama DAP, namun sekiranya PAN mendapat undi yang lebih besar daripada PAS, maka ini adalah isyarat jelas untuk mereka meninggalkan terus PAS.

Ini kerana sebenarnya Pakatan Pembangkang di Selangor tidak memerlukan 13 kerusi PAS kerana antara PKR (13), DAP (15) dan PAN (2) sudah cukup untuk membentuk kerajaan negeri. Malahan, ada antara 13 ADUN PAS yang tinggal, DAP boleh beli dan tukar warna mereka dari hijau kepada jingga.

Maka, kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor kini seakan menghitung hari sahaja. Satu kesilapan yang menyebabkan DAP terguris hati dengan Azmin, maka terlucutlah jawatan Azmin sebagai Menteri Besar.

Bukan itu sahaja, Azmin juga sedar bahawa kemenangan beliau di DUN Bukit Antarabangsa tersebut adalah hasil dari undian penyokong PAS. Beliau tidak lagi selamat untuk bertanding di kerusi tersebut pada PRU-14 kelak! Maka mulalah kawasan di sekitar Ampang diintai-intai oleh Azmin yang mana agak-agaknya sesuai untuk beliau bertanding.

Hakikat yang lebih nyata di Selangor menjelang PRU-14 adalah sebarang undi untuk PAN atau PKR adalah 1 undi untuk DAP, kerana DAP yang sekarang ini memegang kuasa untuk menentukan polisi negeri Selangor.

Melayu di Selangor jangan bermimpilah hendak menggunakan kedudukan mereka sebagai bumiputera selagi mana Pakatan Harapan yang haram ini masih wujud. Mereka akan terus memecahkan Melayu kepada kelompok-kelompok kecil supaya mudah untuk mereka mengurus tadbir emosi orang Melayu.

PRU-14 eloklah dibayangkan untuk mengundi PAS dan BN supaya kedua-duanya mendapat kerusi melebihi Pakatan Harapan ini. Sekurang-kurangnya apabila ADUN dari kedua-dua PAS dan BN ini duduk seketika dan boleh menilai secara politikal untuk mengenepikan perbezaan dan membentuk kerajaan campuran.

Pakatan Harapan di Selangor kini adalah Pakatan DAP!

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *