Home / Politik / Barisan Nasional / Bukan 1, bukan 2 tapi 5 sebab BN dijangka menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Bukan 1, bukan 2 tapi 5 sebab BN dijangka menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan kemuncak perang kempen di antara BN, Amanah dan PAS. Pemerhatian sejak bermulanya kempen pada 5 Jun 2016 hingga hari ini, mendapati bahawa Pakatan Harapan ketandusan idea untuk menarik perhatian para pengundi. Mereka terpaksa bermodalkan isu-isu nasional yang jauh daripada hati penduduk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pakatan Harapan bermodalkan isu-isu nasional

Antara isu yang kerap diutarakan oleh Pakatan Harapan dalam kempen mereka adalah isu GST dan 1MDB. Sungguhpun isu-isu ini diketahui umum, ia belum tentu memberi impak yang secukupnya kepada rakyat tempatan yang lebih memberi tumpuan kepada kehidupan harian mereka yang jauh lebih mudah daripada isu-isu nasional tersebut.

Beberapa gelagat kempen jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat dan PAS dijadikan bahan sendaan oleh Barisan Nasional (BN) bagi menunjukkan kepada umum bahawa pasukan kempen Amanah dan PAS ketandusan idea untuk meraih undi penduduk tempatan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Malah BN juga melaungkan mengundi parti Amanah adalah serupa mengundi DAP. Manakala, Pakatan Harapan pula kerap mengingatkan penduduk di kedua kawasan Parlimen tersebut bahawa menolak BN adalah seolah-olah menolak GST.

Kelebihan sebagai calon tempatan

Seperti mana kita sedia maklum, calon PRK BN Budiman Mohd Zohdi merupakan anak kelahiran tempatan manakala Datin Mastura Mohd Yazid telah lama mendiami Kuala Kangsar. Itulah kelebihan mereka pun untuk meraih undi. Tindakan calon-calon parti Amanah dan PAS mengatur jadual untuk berjumpa dengan penduduk tempatan seolah-olah mengukuhkan lagi kedudukan Budiman dan Mastura yang sedia berkhidmat kepada rakyat setempat bila-bila masa sahaja.

BN selamatkan nelayan Cina

Tambahan lagi, Pakatan Harapan hanya mampu melihat kejayaan kerajaan BN membebaskan dua nelayan berbangsa Cina daripada Sekingchan, yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana mencerobohi kawasan perairan republik tersebut. Kejayaan kerajaan BN ini dipercayai akan meningkatkan undi kaum Cina kepada calon BN khususnya di Sungai Besar.

Kengganan Rafizi

Di samping itu, keengganan Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR untuk berjumpa dengan Rizal Mansor, pembantu Khas Rosmah Mansor berhubung isu penggunaan jet peribadi oleh isteri PM itu, sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada usaha Pakatan untuk meraih undi daripada penduduk di kedua kawasan Parlimen tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, umum akan membuat tanggapan bahawa keengganan Rafizi bertemu dengan Rizal Mansor adalah kerana beliau tidak mahu memberi penjelasan berhubung penggunaan jet peribadi oleh Tun Dr Mahathir dan pengikutnya, untuk berkempen.

Faktor Hukum Hudud

Dalam pada itu, pendirian parti-parti yang bertanding ke atas isu hukum Hudud dijangka akan mempengaruhi bilangan undi yang bakal diraih oleh parti-parti yang bertanding. Pendirian parti Amanah yang tidak kukuh berhubung isu Hudud boleh menyebabkan sokongan kaum Melayu Muslim ke atas parti tersebut merudum.

Ramalan orang biasa

Berdasarkan perkembangan semasa kempen pilihanraya di kedua-dua kawasan, seseorang boleh meramalkan dengan mudah bahawa BN ada kelebihan ke atas parti-parti PAS dan Amanah dan mampu memenangi PRK kembar ini dengan majoriti lebih berbanding keputusan PRU yang lalu. Malah, umum juga boleh meramalkan kedudukan parti-parti yang bertanding mengikut bilangan undi yang diraih seperti : kedudukan pertama kepada BN, kedua kepada PAS dan ketiga kepada Amanah.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *