Home / Politik / Pakatan Harapan / Wahai Shamsul Iskandar, Anwar Ibrahim tak suka kau rapat dengan Mahathir!

Wahai Shamsul Iskandar, Anwar Ibrahim tak suka kau rapat dengan Mahathir!

Naib Presiden PKR dah berani lawan Ketua Umum? Nampaknya Shamsul Iskandar pandai menghidu peluang untuk kekal lama dalam PKR. Dia tahu yang kem Wan Azizah sudah tiada taring dan tidak mampu untuk menghalang pengaruh Azmin Ali.

Daripada berkubur tidak bernisan di dalam politik PKR, baik dia sokong Azmin Ali yang berkuasa sekarang daripada mengharapkan “sokongan” daripada tirai besi Sungai Buloh!

Sebab itu PKR membuat keputusan untuk tidak memanjangkan isu warkah dari pejara kedua oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan surat tersebut merupakan isu dalaman parti. Mereka enggan dedahkan yang PKR sedang bergolak dan pengaruh Anwar Ibrahim makin tiada kesan di dalam membuat keputusan.

Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali berkata, surat tersebut menyatakan secara khusus amaran antara seorang pemimpin kepada pemimpin lain.

“Saya tiada kaitan dengan surat tersebut, tetapi ianya merupakan surat peribadi dari Anwar kepada (Naib Presiden PKR) Shamsul Iskandar.

Shamsul_Iskandar_Md_Akin_1409

“Ianya merupakan komunikasi peribadi antara seorang pemimpin kepada pemimpin lain,” kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita.

Media melaporkan bahawa kandungan surat berkenaan merupakan amaran Anwar kepada Shamsul untuk tidak meneruskan jalinan kerjasama bersama Mahathir Mohamad.

Surat tersebut ditujukan kepada Shamsul ekoran Ahli Parlimen Bukit Katil itu menyatakan beliau mewakili PKR dalam pertemuan tertutup bersama Mahathir berkaitan kempen Deklarasi Rakyat.

Warkah dari penjara pertama Anwar sebelum ini menyatakan beliau tidak gemar pemimpin PKR menjalin hubungan bersama bekas Perdana Menteri itu, walaubagaimanapun amaran tersebut tidak diendahkan Shamsul.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *