Home / Santai / TMJ dan isu penghinaan : “apa kena mengena dengan saya sekiranya ada orang lain membuat laporan terhadapnya?”

TMJ dan isu penghinaan : “apa kena mengena dengan saya sekiranya ada orang lain membuat laporan terhadapnya?”

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan terbaharu semalam tampil menjelaskan isu berhubung rayuan dibuat segelintir pihak yang mahu baginda campur tangan membabitkan kes tangkapan ke atas individu yang menghinanya.

Menurut Tunku Ismail, baginda menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang menyeru kepadanya supaya mengarahkan pihak polis membebaskan individu-individu terbabit yang disabit bersalah mengeluarkan komen-komen berunsur jelik terhadapnya.

“Orang yang sama juga sentiasa menggunakan ayat yang tiada sesiapapun dikecualikan dari segi undang-undang dan sekarang mereka mahu saya bertindak seolah-olahnya saya lebih tinggi daripada undang-undang,” kata baginda dalam kenyataan dimuat naik dilaman Facebook, JOHOR Southern Tigers pada Khamis.

Tunku Ismail berkata demikian dipercayai mengulas isu penangkapan beberapa orang yang ditahan kerana mendakwa membuat kenyataan menghina putera Johor itu termasuk membabitkan seorang buruh, Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri yang dihukum penjara setahun selepas didapati bersalah menyiarkan kenyataan menghina baginda.

Penangkapan Muhammad Amirul nyata menarik perhatian beberapa pihak, antaranya termasuklah Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang merayu campur tangan Tunku Ismail.

B16060821

“Bagi saya, Tunku Mahkota Johor seorang yang berfikiran terbuka dan pemimpin yang sedia mengampuni,” kata Zaid di laman Twitternya.

Amirul didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung catatannya di Facebook dan beberapa individu lain turut ditahan walaupun Tunku Ismail meminta polis supaya tidak menahan pengkritiknya, sebaliknya berjumpa dengan baginda.

Mengulas lagi, Tunku Ismail turut menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba memutarbelitkan fakta dengan menyatakan bahawa tindakan individu tersebut hanyalah ‘mengkritik dan bukannya menghina’.

Malahan TMJ berkata, ada juga pihak yang mendakwa bahawa baginda telah menitahkan polis untuk membuat tangkapan ke atas individu-individu tersebut.

“Hakikatnya, laporan polis dibuat oleh rakyat Johor yang masih sayangi institusi DiRaja.

“Jadi soalan saya kepada individu-individu tersebut adalah apa kena mengena dengan saya sekiranya ada orang lain membuat laporan terhadapnya..?,” soalnya.

Tunku Ismail dalam kenyataan yang sama sekali lagi mengulangi pendirian bahawa baginda tidak kisah dikritik atau dihina oleh pihak tertentu.

“Walaupun mengkritik atau menghina saya tidak peduli dan mereka boleh teruskan dengan matlamat mereka kerana saya bersyukur dengan kehidupan yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada saya dan Allah S.W.T akan sentiasa melindungi mereka yang benar,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Lepasan Ijazah Negara Sama Seperti Pelajar Denmark Tak Habis Sekolah? Ini Jawapan Pensyarah Malaysia

Profesor Universiti Harvard, Amerika Syarikat Lant Pritchett mendakwa graduan ijazah di Malaysia tidak mempunyai kualiti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *