Home / Politik / Pakatan Harapan / Slogan PAN untuk meraih undi : Beginikah PAN memuliakan wanita?

Slogan PAN untuk meraih undi : Beginikah PAN memuliakan wanita?

Dari sekian banyak strategi kempen untuk memenangkan calon PAN di Kuala Kangsar atau Sungai Besar, mengeksploit kemampuan akal wanita adalah yang paling bobrok dan jijik sekali. Bukan setakat seksis (sexist) akan tetapi menghina maruah wanita, baik Muslim ataupun bukan.

Apa mesej yang hendak disampaikan oleh poster ini, yang dikongsi oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Timbalan Penasihat PAN di Facebook beliau?

Idea siapakah di sebalik poster yang memalukan ini?

Beginikah caranya untuk memenangi hati pengundi?

Inikah sebahagian dari “politik” Islam PAN yang kononnya ingin membawa idea Rahmatun Lil Alamin?

Di mana kerahmatannya apabila kaum wanita Islam dipersendakan sebegitu rupa?

Sejak bila kemampuan akal seseorang wanita untuk menilai sesuatu agenda agenda politik dikaitkan dengan kecantikan atau bergantung kepada rupa parasnya?

Parti Amanah Negara (PAN) patut belajar cara bagaimana untuk memuliakan wanita terlebih dahulu sebelum bergerak untuk meyakinkan masyarakat dan pengundi akan agenda politik mereka. Merendahkan martabat akal wanita bukan satu kaedah yang akan menarik manusia kepada kamu, tetapi akan menjauhkan mereka.

Penggunaan poster sebegini hanya menunjukkan bahawa PAN tidak memahami nurani wanita dan amat tidak sensitif terhadap golongan ini.

Di saat umat Islam bertungkus lumus melawan serangan liberal dan gerakan untuk memperhambakan wanita (khususnya wanita Islam) di dalam kitaran emansipasi wanita, poster ini adalah testimoni menongkah arus dari PAN.

Tidak hairanlah PAN membenarkan sesiapa sahaja menjadi anggotanya – liberal, sekular, sosialis, Syi’ah dan entah apa lagi. Inilah bahana “inklusiviti” yang kononnya membezakan PAN dari parti-parti politik lain.

Poster ini tidak ada bezanya dengan wajah-wajah wanita yang dieksploit untuk menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan bertaraf nyamuk.

Wanita Islam tidak perlu kepada PAN untuk mengajar apa yang bernilai kepada wanita dan apa yang akan mengangkat nilai akal yang Allah telah anugerahkan kepada wanita.

Shame on you!!!

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *