Home / Politik / Pakatan Harapan / Kenapa masih nak sokong DAP?

Kenapa masih nak sokong DAP?

Sikap majoriti pengundi Cina khususnya di Sekinchan yang masih mahu menyokong DAP sedangkan parti itu tidak mampu memberi kelebihan dari sudut ekonomi dan kebajikan menjadi tanda tanya.

Justeru, golongan tersebut sewajarnya mengambil peluang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar Sabtu ini untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar mampu membawa perubahan kepada kehidupan mereka.

Setiausaha Organisasi Nasio­nal Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, mereka harus sedar yang istilah kekuatan pelbagai kaum di negara ini mesti dipertahankan.

Menurutnya, jangan hanya semata-mata diracuni pemikiran oleh sebuah parti yang cuba meruntuhkan keharmonian kaum, maka mereka terpaksa menanggung rugi dengan memilih calon yang tidak mampu membawa hala tuju kepada ge­nerasi akan datang.

“Satu undi untuk Barisan Nasional daripada saudara-saudari di Parlimen Sungai Besar, adalah undi yang cukup dihargai yang mampu membawa hala tuju sebenar kepada anak cucu kita,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kelmarin, Rahmad yang merupakan bekas ahli DAP mengingatkan rakyat supaya berwaspada dengan taktik kotor pakatan pembangkang yang berkemungkinan menggantikan DAP dengan PAN bagi meneruskan agenda politik sempit mereka sekiranya parti yang dianggotai penyokong cauvinis itu diharamkan.

Sekiranya perkara itu berlaku, jelasnya, PAN yang sepatutnya menggantikan Pas dalam pakatan ber­kenaan akan bertukar menjadi parti pelbagai kaum.

Rahmad menambah, dalam PRK Parlimen Sungai Besar, pengundi sudah ada pilihan terbaik, iaitu seorang anak tempatan yang merupakan seorang wakil rakyat (Ahli Dewan Unda­ngan Negeri Sungai Panjang) dalam Parlimen sama.

“Kenapa perlu pilih calon PAN tapi tinggal jauh yang hanya akan balik menjenguk kawasan sebulan atau dua bulan sekali,” ujarnya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *